Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Pukul Anggota JPJ, Lelaki Dipenjara Sehari & Didenda RM4,000

Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana pukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dipenjara sehari dan didenda RM4,000.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, lelaki dalam rakaman pada 22 November lalu yang menaiki sebuah lori jenis Nissan Vanette enggan berhenti semasa ditahan oleh anggota JPJ untuk pemeriksaan lanjut, lapor Sinar Harian.

Foto: Berita RTM

Aman Shah berkata, kenderaan tersebut kemudian berhenti di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra dan telah menyerang anggota JPJ tersebut sambil mengeluarkan kata-kata kesat selain provokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika kejadian, anggota bertugas sedang melakukan tugas rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh,” katanya.

Artikel lain: Ibu Bapa Golongan T20 Pilih MRSM, Hantar Anak Untuk Belajar Erti Kesusahan

Tambah beliau, kenderaan itu kemudian diarahkan untuk berhenti namun pemandu enggan memberikan kerjasama kepada anggota bertugas.

“Ketika ditahan, individu terbabit melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas,” ujarnya.

Pukul anggota JPJ, lelaki dipenjara sehari & didenda

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan satu laporan polis dibuat anggota JPJ tersebut dan lelaki berkenaan telah ditahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai peniaga air tebu itu sudah ditahan polis dan sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
“Individu terbabit sudah menjalani hukuman selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000,” jelasnya.

Sementara itu, JPJ Kedah mengingatkan orang ramai untuk berhenti berkongsi sebarang video tanpa mengetahui kesahihannya terlebih dahulu.

Foto: Sinar Harian

Tindakan seperti itu akan mencemarkan imej penjawat awam serta menghalang mereka dari melaksanakan tugasan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd