Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengorbanan Ibu Berbaloi, Sepuluh Beradik Tunai Haji Hasil Simpanan RM10 Sebulan

Bermula dengan hanya simpanan RM10 sebulan, disiplin dan pengorbanan seorang ibu akhirnya membuahkan hasil apabila 10 beradik berjaya menunaikan ibadah haji bersama pada musim ini, sekali gus mencipta momen paling bermakna buat keluarga tersebut.

Sepuluh beradik tunai haji

Memetik laporan Kosmo, menurut Muhammad Huzair Zakhal, 39, ibunya, Azizah Zaudi, 69, telah membuka akaun simpanan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk kesemua anak sejak mereka kecil sebagai persediaan awal untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada masa akan datang.

Katanya, hasil tabungan berkenaan membolehkan mereka mendaftar untuk menunaikan haji seawal tahun 2009 dengan jumlah simpanan asas sebanyak RM1,300 bagi setiap seorang.

“Mak kami mulakan dengan simpanan RM10 sebulan untuk setiap anak, kemudian meningkat kepada RM20. Lama-kelamaan jumlah itu akhirnya mencukupi untuk pendaftaran haji.
“Selain itu, duit raya kami juga disimpan ke dalam Tabung Haji. Hasilnya, kami hanya dapat merasai nikmat menunaikan haji pada tahun ini. Selepas itu, akaun tersebut diserahkan kepada kami untuk diuruskan sendiri sehingga mencukupi bagi menunaikan ibadah haji,” katanya, baru-baru ini.

Muhammad Huzair berkata, hasrat ibu bapanya untuk melihat semua anak menunaikan haji bersama hampir tidak kesampaian apabila terdapat dalam kalangan mereka yang masih belum mencukupi simpanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Insiden Kebakaran Hotel Di Mekah, Wisma Putra Sahkan 70 Jemaah Malaysia Selamat

Bagaimanapun, ibunya mengambil keputusan untuk membantu melengkapkan baki simpanan agar semua anak dapat berangkat ke Tanah Suci secara bersama.

“Mak kata dia sanggup tanggung supaya semua anak dapat pergi bersama. Itu memang hajat mak ayah kami sejak dahulu,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo (Juani Munir Abu Bakar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd