Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Resit Jadi Penyelamat! Pelancong Malaysia Dituduh Tak Bayar Bil Restoran Popular Jakarta

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya berjaya membersihkan nama selepas mengemukakan bukti pembayaran.

Insiden tular itu berlaku ketika enam pelancong dari Malaysia tiba di Jakarta pada 13 Mei lalu sebelum singgah menjamu selera di sebuah restoran yang terkenal dalam kalangan pelancong, Pagi Sore Restaurant.

Difahamkan, kumpulan tersebut memesan kira-kira sembilan jenis lauk dengan jumlah bil mencecah Rp907,500 sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung menggunakan kereta api laju Whoosh.

Namun, situasi berubah tegang apabila mereka kembali semula ke Jakarta pada 16 Mei dan dimaklumkan bahawa pihak restoran didakwa telah menularkan wajah mereka di media sosial dengan tuduhan tidak membayar bil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan pelancong itu nyata terkejut kerana isu berkenaan hanya dibangkitkan beberapa hari selepas mereka menikmati hidangan di restoran terbabit.

Lebih mengejutkan, mereka turut menjelaskan bahawa terdapat gurauan sesama sendiri ketika makan, namun bayaran sebenar telah pun dilunaskan sebelum beredar.

Ketika situasi menjadi panik, mereka mula mencari resit pembayaran bagi mengesahkan transaksi tersebut.

Sebagai bukti awal, mereka turut mengemukakan tangkapan skrin (screenshot) transaksi bank kepada ejen pelancongan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bayangkan kalau kami bayar secara tunai dan resit pula hilang, memang tiada bukti langsung,” luah individu tersebut, mengenangkan nasib mereka jika tidak menyimpan bukti pembayaran.

Ejen pelancongan, Mas Bima dari Purnama Trans Wisata Bandung, kemudian bertindak pantas membantu menyelesaikan kekeliruan tersebut sebelum ia menjadi lebih serius.

Selepas bukti pembayaran dikemukakan, pihak restoran akhirnya mengakui berlaku salah faham atau “miscommunication” dalam kejadian berkenaan.

Bagi mengelakkan isu berpanjangan, ejen pelancongan turut menuntut permohonan maaf rasmi daripada pihak restoran, termasuk bagi mengelakkan sebarang implikasi ketika urusan imigresen pelancong terbabit.

Pihak restoran akhirnya tampil membuat video dan kenyataan bertulis permohonan maaf sebelum kes tersebut dianggap selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun masih tertanya-tanya punca sebenar mereka menjadi sasaran tuduhan itu, kumpulan pelancong berkenaan memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.

Menurut perkongsian itu, ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan kepada orang ramai agar sentiasa menyimpan bukti pembayaran ketika melancong ke luar negara.

Peristiwa itu turut menjadi pengajaran penting bahawa sekeping resit kecil boleh menjadi bukti besar dalam mengelakkan salah faham yang boleh mencetuskan situasi tidak diingini ketika berada di negara orang.

Sumber: Threads ainmyunus

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd