Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hujan Lebat, Ribut Petir Landa 6 Negeri Hingga 3 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang melibatkan enam negeri sehingga jam 3 petang hari ini.

Hujan lebat landa 6 negeri

Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat ialah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Di Terengganu, kawasan yang dijangka terkesan membabitkan Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu di Pahang, amaran sama meliputi Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Johor pula, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sabah, kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat) turut berada dalam senarai amaran.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Facebook Malaysian Meteorological Department

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd