Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tular Foto Dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Nafi Hisap Rokok Elektronik

Baru-baru ini, tular sebuah foto di laman X memaparkan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa menghisap rokok elektronik ketika berjalan keluar dari Dewan Rakyat.

Gambar dimuat naik @sadiqasyraf itu telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan ahli politik dari Perikatan Nasional (PN) itu tidak menghormati dewan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sedar menjadi bualan mulut ramai, Ikmal menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu alat yang dipegangnya ketika itu adalah sebatang pen menerusi laporan Free Malaysia Today.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ikmal yang pernah menyokong usul melarang individu bawah 18 tahun merokok atau memiliki vape itu bersedia untuk memberi penjelasan.

“Saya boleh memberikan penjelasan, tak ada isu, satu Parlimen Tanah Merah tahu saya bukan perokok, dan saya menyokong (usul pernah dibawa bekas menteri kesihatan) Khairy Jamaluddin berkaitan had umur 17 tidak boleh membeli rokok, saya sokong 100%,” ujarnya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau akan menghantar surat kepada Ikmal bagi menuntut penjelasan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan Ikmal boleh dikenakan tindakan bawah Peraturan Mesyuarat 41 (D) iaitu seseorang ahli tidak boleh merokok di Dewan Mesyuarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, pada Ogos 2022 Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dikenakan tindakan kerana menghisap vape di Dewan Rakyat.

Sumber: X @sadiqasyraf, Free Malaysia Today (Anne Muhammad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menggesa Washington menilai semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia, termasuk mempertimbangkan penggantungan pembiayaan latihan ketenteraan susulan pendirian...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd