Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tujuh Cawangan Starbucks Terpaksa Ditutup

Tujuh cawangan Starbucks terpaksa ditutup di kawasan pusat bandar San Francisco pada 22 Oktober lalu atas faktor keselamatan dimana kes jenayah terus berleluasa, penggunaan dadah dan wabak dari gelandangan.

Menurut laporan Daily Mail, jurucakap Starbucks memaklumkan keputusan penutupan tersebut merupakan salah satu daripada bahagian portfolio syarikat.

“Setiap tahun sebagai kursus perniagaan standard, kami akan menilai portfolio kedai untuk memenuhi keperluan komuniti dan pelanggan kami,” kata jurucakap Starbucks.

Tujuh cawangan Starbucks terpaksa ditutup

Artikel lain: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Ke Dana Kemanusiaan Palestin

Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa komited kepada San Francisco secara keseluruhannya dan telah membuka tiga kedai lain di kawasan itu dalam tempoh enam bulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan mereka, jurucakap Starbucks berkata dedikasi mereka kepada San Francisco tidak goyah walaupun telah ditutup. 

Selain membuka beberapa lokasi baharu, jenama itu sentiasa mengenal pasti kedai yang memerlukan pelaburan atau pengubahsuaian, termasuk empat kedai pada masa ini. Difahamkan, pelaburan itu dilaporkan bernilai $2.5 juta.  

Seorang pegawai syarikat juga mengesahkan bahawa semua pekerja tidak akan diberhentikan malah, akan ditawarkan untuk berpindah ke lokasi lain. 

“Kami akan terus mendengar keperluan rakan kongsi kami (pekerja) untuk memastikan mereka boleh memberi tumpuan kepada pembuatan minuman dan mewujudkan hubungan dalam persekitaran yang mesra.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda atas kepimpinan dan sokongan anda terhadap rakan kongsi kami semasa kami menyampaikan berita ini,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, 52 Starbucks kekal di San Francisco. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Daily Mail

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd