Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tuan Ibrahim Pertikai Isu Gaji PMX, Sindir ‘Mungkin Dia Malaikat Kut, Tak Makan Gaji’

Tuan Ibrahim Pertikai Isu Gaji PMX

Tindakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pertikai isu PMX dan menjadikan nama Allah dan Rasul sebagai bahan sinis dan jenaka semasa berbahas isu berkaitan gaji minimum telah mendatangkan kecaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Dewan Rakyat, semalam.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin menyifatkan, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu sebagai satu perbuatan tidak wajar dari seorang pemimpin parti yang mahu dikenali memperjuangkan Islam.

Foto: Suara Keadilan

“Tindakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjadikan nama Allah dan Rasul sebagai bahan jenaka semasa membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat merupakan satu perbuatan yang terkutuk.
“Perbuatan beliau ini juga telah disokong oleh Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin yang turut sama menjadikan perkara ini seolah-olah bahan jenaka semata-mata untuk menyerang PMX.
“Sebagai umat Islam, Tuan Ibrahim dan Hamzah Zainuddin sepatutnya lebih sensitif dan menjaga adab serta tidak mempergunakan nama Allah swt dan Rasul sebagai modal politik murahan hanya untuk menyerang pihak lawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu pada awalnya dibangkitkan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang mencelah ketika Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin membahaskan Belanjawan 2025

Kata Tuan Ibrahim secara berseloroh, seorang rasul pun diberikan “peruntukan” oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Anwar dianggap “lebih daripada rasul.”

“Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji […] sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.
“Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji.
“Atau mungkin dia transfer (pindahkan) saja, dia tak ambik (secara fizikal) tapi dia online,” katanya yang menyentuh mengenai isu gaji minimum.

Tuan Ibrahim Pertikai Isu Gaji PMX

Foto: Shutterstock

Kata Tuan Ibrahim, seorang Rasul pun diberikan ‘peruntukan’ oleh Allah untuk rezekinya maka keadaan Anwar tidak mengambil gaji dianggap ‘lebih daripada Rasul’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, kata Timbalan Presiden PAS itu lagi, dia meminta pandangan Hamzah mengenai dakwaan perdana menteri atau anggota kerajaan yang tidak mengambil gaji.

Tuan Ibrahim Pertikai Isu Gaji PMX

Foto: Free Malaysia Today

Artikel lain: Kenaikan Gaji: Anwar Mahu Semangat, Budaya Kerja Baharu Dalam Perkhidmatan Penjawat Awam

Mengulas pandangan Tuan Ibrahim, Hamzah berkata, dia berpendapat langkah tidak mengambil gaji itu sesuatu yang baik namun mengingatkan agar sikap yang sama perlu diberi terhadap elaun yang diperuntukkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia berbeza… gaji tu memang betul (tak diambil), tapi elaunnya bagaimana?” kata Hamzah.

Muhammad Azha Salahudin juga menyifatkan, kenyataan Timbalan Presiden Pas tersebut bukan sahaja melampau bahkan telah melukakan hati dan perasaan umat Islam di negara ini.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali dan Hariz Mohd)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Bisnes

Perodua mengumumkan pengurangan sehingga 10 peratus ke atas kos alat ganti komponen penyelenggaraan termasuk caj buruh sebagai langkah membantu rakyat Malaysia berdepan tekanan kos...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd