Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump U-Turn! Batal Caj 20% Di Selat Hormuz, Ganti Dengan Perjanjian Perdagangan Teluk

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk membatalkan cadangan mengenakan caj pampasan sebanyak 20 peratus ke atas kargo yang melalui Selat Hormuz, sebaliknya memilih pendekatan melalui perjanjian perdagangan dan pelaburan bersama negara-negara Teluk.

Menerusi platform Truth Social pada Selasa, Trump berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan yang disifatkannya amat produktif dengan kepimpinan Asia Barat.

“Berdasarkan perbincangan yang amat produktif dengan kepimpinan Asia Barat, saya memutuskan untuk menggantikan caj bayaran balik 20 peratus kepada Amerika Syarikat dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan dilaksanakan oleh pelbagai negara Teluk di Amerika Syarikat.
“Pelaburan itu akan menjadi sangat besar dan pada masa sama memberikan manfaat luar biasa kepada mereka serta masa depan mereka.
“Seperti yang semua sedia maklum, kami mempunyai jumlah pelaburan dolar terbesar ke Amerika Syarikat dalam sejarah, namun pelaburan baharu ini akan meningkatkan lagi angka itu.
“Kami akan menyaksikan lebih banyak kilang, loji dan peralatan dibangunkan di Amerika Syarikat pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mewujudkan jutaan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Amerika,” katanya.

Trump turut mendakwa bekalan minyak kini mengalir “seperti tidak pernah berlaku sebelum ini” dan Selat Hormuz kini “terbuka kepada semua kapal kecuali Iran”.

Beliau berkata AS akan melaksanakan “sekatan penuh, tetapi hanya terhadap kapal yang keluar masuk pelabuhan Iran atau membawa sebarang kargo berkaitan Iran”, selain menegaskan Iran tidak akan memiliki senjata nuklear.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Trump mengumumkan AS akan mengambil alih tanggungjawab menjaga keselamatan Selat Hormuz dan mengenakan caj 20 peratus kepada kapal komersial sebagai bayaran bagi perkhidmatan keselamatan.

Artikel lain: Trump Tangguh Serangan Iran, Elak Ketegangan Ketika Musim Haji

Bagaimanapun, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Jun menggariskan penamatan konflik, penarikan sekatan AS terhadap pelabuhan Iran serta pembukaan semula sepenuhnya Selat Hormuz.

Sejak kebelakangan ini, tentera AS melancarkan beberapa siri serangan ke atas Iran yang dibalas Tehran dengan serangan terhadap aset AS di rantau Teluk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua pihak turut saling menuduh melanggar perjanjian dan mendakwa mempunyai kawalan ke atas laluan perairan strategik itu.

Sumber: Al Jazeera

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Lokal

Seorang penggali kubur, Rosli Abdullah, 52, kini hanya mampu bergantung sepenuhnya kepada cecair yang disalurkan menerusi tiub selepas hilang keupayaan untuk membuka mulut dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd