Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Sedar Tarif 145 Peratus Terhadap China Tinggi – “Akan Diturunkan, Tapi Bukan Sifar”

Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump, mengakui bahawa kadar tarif sebanyak 145 peratus yang dikenakan terhadap China adalah sangat tinggi.

Menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, Trump berkata akan menurunkan kadar tarif tersebut pada paras yang munasabah kelak.

Trump sedar tarif 145 peratus

Trump sedar tarif 145 peratus

“Betul. 145 peratus memang sangat tinggi. Dan ia tidak akan kekal setinggi itu. Ia pernah mencecah paras itu. Kita bercakap tentang isu fentanyl, yang pelbagai unsur menjadikannya meningkat kepada 145 peratus. Tidak, ia tidak akan kekal sedemikian tinggi,” kata Trump kepada wartawan pada Selasa.
“Ia akan diturunkan dengan banyak, tetapi tidak akan jadi sifar,” ujarnya.

Ujar Trump lagi, beliau mahu mengekalkan hubungan baik dengan China memandangkan masing-masing akan memperoleh pelbagai manfaat terutamanya dari segi ekonomi.

Artikel lanjut: China Dilapor Berdepan Tarif 245 Peratus Susulan Tindak Balas Perdagangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Trump sedar tarif 145 peratus

“China mempermainkan kita dan itu tidak akan dibiarkan berlaku lagi.
“Kita akan bersikap baik terhadap China. Kita akan jalin hubungan yang baik dengan Presiden Xi… Mereka akan memperoleh banyak manfaat, saya fikir mereka akan berpuas hati, dan saya percaya kita akan hidup bersama secara harmoni dan idealnya bekerjasama. Jadi saya fikir ia akan berhasil dengan baik. Tetapi tidak, kadar 145 peratus itu tidak akan kekal sedemikian tinggi,” katanya lagi.

Pada 2 April, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menandatangani satu perintah eksekutif yang mengenakan tarif timbal balik terhadap import dari beberapa negara, termasuk China.

Melalui langkah tersebut, kadar tarif ke atas barangan yang diimport dari China ke Amerika Syarikat kini mencecah 145 peratus manakala kadar tarif yang dikenakan terhadap barangan dari Amerika Syarikat ke China adalah sebanyak 125 peratus.

Menurut beberapa pakar yang ditemu bual oleh RIA Novosti, kadar tarif setinggi ini boleh disifatkan sebagai satu bentuk penggantungan perdagangan secara de facto antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd