Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tinjau Operasi, KSN Arah JPJ Tambah Baik Perkhidmatan Pelanggan

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar arah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan di agensi itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan satu lawatan mengejut telah dijalankan di JPJ bagi meninjau operasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai selepas waktu pengoperasian kaunter ditambah selama satu jam berkuatkuasa pada 19 Ogos 2024 di beberapa negeri terpilih.

KSN arah JPJ tambah baik perkhidmatan pelanggan

KSN Arah JPJ Tambah Baik Perkhidmatan

“Penambahan waktu operasi ini adalah selaras dengan usaha reformasi Perkhidmatan Awam yang menuntut peningkatan produktiviti.
“Apatah lagi susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmataan Awam (SSPA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil pemantauannya, JPJ perlu melakukan beberapa penambahbaikan antaranya memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi.

Artikel lain: Paralimpik Paris 2024: Tekanan Punca Fareez Kehilangan Gangsa

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

KSN Arah JPJ Tambah Baik Perkhidmatan

“Ruang menunggu juga perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas.
“Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga sempat merakamkan ucapan terima aksih kepada petugas-petugas dan anggota JPJ yang bertungkus-lumus dalam memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan.

KSN Arah JPJ Tambah Baik Perkhidmatan

“Harapan saya agar bukan sahaja JPJ tetapi jabatan lain juga komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“SSPA adalah permulaan era baharu Perkhidmatan Awam. Kita mesti bekerja dengan lebih komited dan bersungguh-sungguh demi rakyat dan negara,” katanya.

Sumber: Facebook Shamsul Azri Abu Bakar

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd