Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

TikToker Korea Selatan ‘Mama Guy’ Berdepan Pertuduhan Merogol Wanita

TikToker terkenal Korea Selatan dikenali sebagai Wong Jeong Man atau @ox_zung dikhabarkan telah disiasat atas pertuduhan merogol wanita.

Tiba-tiba berhenti kongsi video

Memetik laporan dari koreaboo.com, TikToker yang mempunyai pengikut sebanyak 55.6 juta di aplikasi tersebut secara tiba-tiba tidak lagi memuat naik konten sehingga membuatkan ramai peminatnya tertanya-tanya.

@ox_zung

#추천 #fyp #viral

♬ eredeti hang – song._.13

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita ada TikToker Korea Selatan lakukan gangguan seksual

Tidak lama selepas itu, muncul berita mengatakan seorang ‘Influencer A’ didapati sedang disiasat atas dakwaan melalukan serangan seksual.

Difahamkan, Influencer A dan rakannya telah membawa ‘wanita B’ ke keluar minum sebelum membawanya pulang ke rumah.

Mangsa yang menghubungi pihak polis mendakwa yang terdengar bunyi rakaman sebelum tertidur dan mengesyaki bahawa dia telah diserang secara seksual oleh kedua-dua lelaki terbabit.

TikToker Korea Selatan tak didedahkan identiti tapi ramai boleh agak

Menerusi laporan pihak polis, pemilik nama sebenar Seo Wong Jeong, 27 itu enggan memberi kerjasama untuk membuka pintu sehingga pihak berkuasa terpaksa meminta bantuan bomba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun identiti Seo tidak didedahkan, namun ramai yang dapat mengagak TikToker yang telah dituduh dengan jenayah terbabit.

Dakwa hubungan seksual dilakukan suka sama suka

Pada 15 Disember 2023, TikToker itu dikhabarkan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didapati bersalah setelah pihak polis menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwaan.

Namun, pertuduhan melakukan rakaman secara haram dibatalkan selepas tiada bukti diperoleh dari telefon bimbit Seo.

TikToker berkenaan memberi keterangan bahawa hubungan seksual yang dilakukan adalah suka sama suka tetapi kebenaran daripada apa yang dikatakan itu hanya akan diketahui semasa pendengaran mahkamah pertama pada 17 Januari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, pihak pengurusan Seo masih belum memberikan sebarang respon.

Artikel lain: Aktor Terkenal Korea Selatan Tunduk Mohon Maaf, Dipercayai Terlibat Jenayah Ganja

Untuk rekod, Seo Wong Jeong merupakan TikToker dengan jumlah follower paling banyak di Korea Selatan.

Dia sememangnya terkenal dengan video menjerit memanggil “mama” ketika menonton video dari pengguna TikTok yang lain sehingga digelar ‘Mama Guys’ baik di Korea mahupun seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekitar Mei 2023, dia telah dipilih sebagai salah seorang dari ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2023’.

Sumber: koreaboo.com

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd