Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tikam Anggota Polis Di Pasar Pudu, Suspek Direman Hari Ini

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan selepas menikam seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ketika rondaan cegah jenayah di Pasar Pudu, Jalan Yew, di sini, pada Khamis.

Menurut laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian serta tiga paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah.

polis

Foto: Sinar Harian

Artikel lanjut: Pelajar Universiti Didakwa Tikam Bekas Kekasih, Mengaku Tidak Bersalah

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan kerana suspek dengan sengaja cuba membunuh menggunakan senjata dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Suspek akan direman pada Jumaat bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat anggota polis lain menjalankan pemeriksaan ke atas suspek.

polis

Foto: Sinar Harian

“Mangsa ditikam di bahagian perut menggunakan pisau sebelum suspek melarikan diri. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Mohamed Usuf turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Firdaus Sharil di talian 012-3388164.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999), Pusat Kawalan IPD Wangsa Maju (03-9289 9222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
polis

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, anggota URB dari Balai Polis Pudu dilaporkan cedera dalam insiden kira-kira jam 12 tengah hari ketika melakukan rondaan cegah jenayah berhampiran Pasar Pudu.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd