Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Universiti Didakwa Tikam Bekas Kekasih, Mengaku Tidak Bersalah

Seorang pelajar universiti swasta warganegara China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanitanya dengan menikam leher mangsa, minggu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, You Wei, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencederakan wanita yang juga warganegara China, dengan menikam bahagian kiri leher menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di tingkat dua sebuah universiti swasta di Bandar Sunway, Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 petang pada 14 Julai lalu.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh atas faktor keseriusan kes.

Bagaimanapun, peguam bela, Revin Kumar merayu agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas dasar kerjasama yang telah diberikan sepanjang siasatan.

Menurutnya, tertuduh kini sedang menjalani rawatan bagi penyakit bipolar di sebuah klinik swasta serta bersedia mematuhi semua syarat tambahan yang akan ditetapkan mahkamah.

FotoL FMT

“Tertuduh bersedia menyerahkan pasport dan melapor diri secara berkala di balai polis berhampiran. Dia juga berjanji untuk tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan termasuk penyerahan pasport kepada mahkamah, laporan diri di balai polis, dan tidak menghubungi mangsa atau saksi.

Mahkamah menetapkan 17 September depan untuk sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Sosial

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial....

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd