Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga ‘Ulat Foto’ Ditahan Semula! Tiada Rekod Warganegara

Tiga daripada 18 individu yang sebelum ini ditahan berkaitan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan ‘ulat foto’ di sekitar KLCC, kini ditahan semula selepas didapati tidak mempunyai identiti sebagai warganegara Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam, berkata hasil semakan cap jari terhadap orang kena tahan (OKT) yang dibebaskan mendapati ketiga-tiga individu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod.

“Semakan cap jari mendapati ketiga-tiga individu ini tidak mempunyai rekod, sekali gus tidak memiliki identiti sebagai warganegara Malaysia.
“Tangkapan semula akan dibuat dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan pada 31 Mac,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, dua lagi suspek telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 149/324 Kanun Keseksaan selepas dikenal pasti oleh mangsa dan saksi sebagai pelaku utama yang melakukan kekerasan.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mengesahkan kehadiran kedua-dua suspek di lokasi kejadian selain menunjukkan mereka menyebabkan kecederaan kepada mangsa,” jelas Sazalee.

Sebelum ini, seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden memukul dua lelaki hingga cedera di kepala di Persiaran Menara Berkembar Petronas pada kira-kira jam 9 malam.

Artikel lain: Wakil Penduduk Wangsa Maju Jelaskan, ‘Lawatan Rasmi’ Ke Pusat Urut Bukan Peras Ugut

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berlaku ketika dua mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan individu dengan seorang pelancong asing.

Siasatan awal mendapati semua suspek yang ditahan mengaku berada di lokasi kejadian dan bekerja sebagai jurugambar jalanan atau ‘ulat foto’.

Polis kini meneruskan siasatan lanjut bagi memastikan semua pihak yang terlibat diambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd