Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tidak Puas Hati Isu Harta Penceraian, Lelaki Rempuh 35 Individu Sehingga Maut

Seorang pemandu bertindak merempuh orang ramai dalam kejadian di sebuah pusat sukan, di Zhuhai, China Selatan pada malam Isnin lalu.

Foto: Reuters

Menurut laporan Reuters, kejadian tersebut mengakibatkan 35 individu meninggal dunia dan 43 mangsa lain mengalami cedera parah, menjadikannya antara serangan paling maut dalam sejarah moden China.

Foto: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak berkuasa telah bertindak pantas menyekat penyebaran video dan gambar kejadian di media sosial China menunjukkan mangsa-mangsa terlibat dan kereta yang melarikan diri.

Suspek yang ditahan ialah seorang lelaki berusia 62 tahun bernama Fan, kini dirawat di hospital akibat kecederaan yang dipercayai dilakukan sendiri dengan pisau di leher dan bahagian badan yang lain.

Pihak polis turut mendedahkan bahawa motif serangan itu kerana rasa tidak puas hatinya terhadap pembahagian harta dalam kes perceraiannya.

Foto: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penduduk tempatan telah menzahirkan rasa simpati mereka dengan meletakkan lilin dan bunga di lokasi kejadian pada keesokan harinya.

Operasi menyelamat melibatkan ratusan anggota penyelamat dari Zhuhai dan wilayah Guangdong dengan lebih 300 kakitangan perubatan dari lima buah hospital telah bekerja tanpa henti untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat.

Kejadian itu berlaku ketika Zhuhai sedang menjadi tumpuan kerana berlangsungnya pameran udara tahunan terbesar Tentera Pembebasan Rakyat, yang turut mempamerkan jet pejuang stealth baharu untuk kali pertama.

“Saya memandu berhampiran semalam malam dan mendengar siren di mana-mana, saya fikir ia untuk pertunjukan udara tetapi saya tidak pernah mendengar siren sekuat itu sebelum ini.
“Kemudian penumpang memberitahu bahawa ada kejadian langgar lari, saya tidak sedar ia begitu teruk,” kata seorang pemandu teksi bernama Guo.

Walaupun tiada kaitan dengan pameran udara, itu merupakan insiden kedua seumpamanya yang berlaku semasa acara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun 2008, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 20 cedera apabila seorang pemandu trak merempuh kawasan sekolah yang sesak akibat dendam berkaitan pertikaian trafik.

Presiden Xi Jinping telah mengarahkan tindakan segera untuk merawat mangsa-mangsa yang cedera dan menuntut hukuman tegas ke atas pelaku.

Oleh itu, satu pasukan khas dari kerajaan pusat telah dihantar untuk memberi panduan dalam siasatan kes ini.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd