Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

11 Kapal GSF 2.0 Terputus Hubungan, Didakwa 7 Telah Dipintas Tentera Negara Haram

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman penculikan dan keganasan.

11 kapal terputus hubungan

Menerusi perkongsia di Instagran, GSF memaklumkan bahawa komunikasi dengan 11 kapal dalam armada tersebut telah terputus. Pada masa sama, media Israel dilaporkan mendakwa tujuh daripada kapal berkenaan telah dipintas oleh rejim zionis.

https://www.instagram.com/p/DXu2-gxCAZT/?img_index=1

“Kerajaan-kerajaan mesti bertindak sekarang untuk melindungi armada tersebut, memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang terang-terangan ini atas tindakan berterusan yang disifatkan sebagai genosid terhadap rakyat Palestin.
“Lindungi armada, tamatkan sekatan dan bebaskan Palestin,” terang kenyataan itu.

Terdahulu, sebanyak 56 kapal di bawah GSF telah memulakan pelayaran dari Pelabuhan Catania, Itali menuju ke perairan antarabangsa berhampiran Gaza dalam misi memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan terdapat beberapa kapal yang masih berada di Pelabuhan Catania bagi menjalani kerja-kerja teknikal dan pembaikan.

Menurut kenyataan itu lagi, kapal-kapal berkenaan dijangka akan menyertai semula armada utama sebaik sahaja proses pembaikan selesai.

Artikel lain: Seruan Global: GSF Cari Kapten Terakhir, Kemudi Kapal Sertai Konvoi Solidariti

Difahamkan, misi kali ini melibatkan lebih 80 kapal dan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia yang membawa misi kemanusiaan serta bantuan asas kepada masyarakat terjejas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram globalsumudflotilla

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd