Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Diesel Kekal! Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik Mulai Esok

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026.

Sementara itu, harga diesel di Semenanjung kekal RM5.12 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Kementerian Kewangan memaklumkan, kenaikan itu dipengaruhi oleh harga petroleum global yang kekal tinggi berbanding paras prakonflik, selain kekangan bekalan minyak dan produk petroleum di pasaran antarabangsa.

Menurutnya, situasi tersebut berpunca daripada kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat yang memerlukan masa untuk dipulihkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, kerajaan menyeru rakyat supaya terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi memastikan kestabilan bekalan negara terus terjamin.

“Dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan menegaskan komitmen untuk terus mengekalkan subsidi bersasar bagi meringankan beban rakyat.

Artikel lain: Harga Minyak Global Naik, Subsidi Budi Madani RON95 Dikekalkan -MoF

Ini termasuk RON95 bersubsidi (BUDI95) yang kekal pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, serta kadar di bawah Sistem Kawalan Petrol dan Diesel Bersubsidi yang tidak berubah.

Kerajaan turut memberi jaminan akan terus mengambil pendekatan berhemah dalam menguruskan harga bahan api demi melindungi rakyat daripada kesan turun naik pasaran global, di samping memastikan bekalan negara kekal stabil dan mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd