Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

780 Hari Rindu Tak Pernah Padam, Suami Setia Bawa Bunga Ziarah Kubur Isteri Setiap Hari

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan tersayang yang telah dikenalinya sejak lebih tiga dekad lalu.

Bawa bunga ziarah kubur isteri

Menurut perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Azreein, isterinya, Allahyarhamah Hazamiah meninggal dunia pada 3 Ramadan 2024 selepas koma akibat keadaan kesihatan yang tiba-tiba merosot.

@ohmymedia.cc

2 tahun tak pernah miss melawat kubur arwah isteri dia, setiap hari dia bawa bunga berbeza, hias cantik-cantik 🥹 Rindu yang takkan pernah hilang @Azreein Rumi Aziz #OhMyMedia #OMMMedia

♬ original sound – Oh My Media – Oh My Media

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini kubur isteri saya. Memang selalulah saya ziarah dia. Saya suka datang sini, mengaji sikit dan doakan buat isteri, hari ini dah 780 hari pemergiannya,” katanya.

Azreein berkata, sepanjang 500 hari pertama selepas pemergian isterinya, dia akan datang ke pusara setiap hari, khususnya selepas waktu Asar. Namun selepas bertukar pekerjaan, rutin itu berubah dengan hanya berkunjung pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“500 hari pertama itu, saya hari-hari datang. Tiap Asar saya akan sampai. Lepas itu saya terpaksa bertukar kerja… jadi bila dah kerja itu, jadual pun dah lari. Jadi saya akan datang setiap Sabtu dan Ahad,” jelasnya.

Dalam perkongsian yang sama, lelaki itu turut menyentuh mengenai kenangan bersama arwah isterinya selama 32 tahun yang dikenali sejak tahun 1994.

Mengimbas peristiwa sebelum pemergian isterinya, dia berkata arwah pada mulanya kelihatan sihat sebelum mengadu tidak sedap badan dan tiba-tiba rebah di hadapannya.

“Dia kata dia rasa nak pitam… dia kata tangan dia kebas. Dia jatuh pengsan dekat tangan saya. Saya tak sangka,” ujarnya.

Difahamkan, arwah isterinya kemudian berada dalam keadaan koma selama 50 hari sebelum meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Aizreen turut berkongsi tentang peribadi isterinya yang disifatkan ceria, pandai memasak dan sangat teliti dalam menguruskan rumah tangga.

“Dia ni seorang yang ceria. Dia memang master masak… saya rindu sangat masakan dia, cookies dia, chocolate chips dia.
“Dulu badan saya gemuk. Sekarang 25kg saya hilang macam tu je,” dedahnya.

Dalam nada penuh emosi, beliau menegaskan tiada siapa yang mampu menggantikan isterinya dan mengakui masih kerap berdoa di pusara arwah agar diampunkan serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya tak pernah anggap ada insan lain boleh ganti dia… saya datang sini sebab saya rindukan dia,” kongsinya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai agar menghargai pasangan masing-masing selagi masih ada dan tidak mudah marah dalam hubungan rumah tangga.

“Kalau dah ada isteri itu jagalah baik-baik… jangan cepat nak marah, jangan naik tangan. Kalau jadi apa-apa, akan menderita seumur hidup. Hidup kita sekali sahaja dan yang tinggal hanya kenangan sahaja.
“Buatlah apa tanggungjawab kita tapi jangan lupakan Allah. Abang tak kaya, hidup biasa pakai proton Saga sahaja. Minta maaf lah you kahwin dengan I tak kaya, tiada BMW tiada Mercedes tapi buka peti ais ada ayam ada daging, dan anak-anak pergi sekolah ada duit,” tambahnya lagi.

Sumber: TikTok Oh My Media

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd