Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Tiga Anak Mengaku Salah Hina Agong, Dipenjara Tiga Bulan & Denda RM5,000

Perbuatan biadab seorang lelaki yang memuat naik hantaran jelik menghina Sultan Ibrahim di platform TikTok akhirnya membawa padah apabila Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan serta denda RM5,000 terhadapnya.

Tertuduh, Mohd Hafiz Haron, 42, yang juga seorang bapa kepada tiga anak, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Firdaus Md Isa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan selama empat bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik bersifat melampau dengan niat menyakitkan hati pihak lain menerusi aplikasi TikTok pada 11 September 2025, jam 7.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran tersebut kemudiannya dilihat oleh seorang pengadu di Taman Pelangi Semenyih 2 sebelum laporan polis dibuat bersama beberapa individu lain selepas berasa marah dan tersinggung.

Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh memahami kesan daripada hantaran yang dibuat menggunakan telefon bimbitnya, yang jelas bersifat menghina institusi diraja.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Mohamad Alias, memohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan atas alasan perlu menyara keluarga termasuk ibu yang uzur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rayu hukuman ringan, saya perlu menyara keluarga,” kata tertuduh di mahkamah.

Pada 13 September 2025, media sebelum ini melaporkan lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan sebelum didakwa di mahkamah.

Semakan turut mendapati tertuduh mempunyai rekod lampau melibatkan tiga kes jenayah serta satu kes berkaitan dadah.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd