Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

1MDB: SPRM Sasar Bawa Pulang Lapan Lagi Karya Seni Sebelum Hujung Tahun

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menguruskan proses membawa pulang lapan lagi karya seni yang dipercayai berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM120 juta menjelang hujung tahun ini.

Bawa pulang lapan karya seni

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 12 karya seni untuk dipulangkan ke Malaysia, dengan empat daripadanya sudah berjaya diperoleh semula.

Beliau berkata, antara karya yang masih dalam proses pemulangan termasuk hasil seni oleh Henri Matisse bernilai USD52,500; Alexander Calder (USD125,000); Pablo Picasso (USD1.265 juta); William H. Bailey (USD66,250) serta Raoul Dufy (USD40,000). Nilai karya Salvador Dalí dan Gustave Loiseau pula masih menunggu pengesahan.

“Secara keseluruhan, nilai lukisan yang masih dalam proses pemulihan dianggarkan USD1.7 juta bersamaan dengan kira-kira RM6.9 juta.
“SPRM juga sedang giat berusaha untuk membawa pulang hasil jualan sebuah lukisan oleh Claude Monet bertajuk ‘Vétheuil au Soleil’ yang telah dijual di Switzerland dengan nilai anggaran EUR25.2 juta, atau kira-kira RM114 juta,” katanya pada sidang media berkaitan pemulangan karya seni 1MDB di sini hari ini.

Menurut Azam, dana berkaitan kini berada di bawah prosiding penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, dan usaha pemulihan aset terus diperkukuh melalui saluran undang-undang serta kerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menegaskan, kejayaan mendapatkan semula karya-karya ini merupakan sebahagian daripada pencapaian lebih luas Malaysia dalam usaha memulihkan aset berkaitan 1MDB.

Tambahnya, SPRM sebelum ini berjaya membawa pulang empat karya seni antarabangsa yang dibeli menggunakan dana 1MDB melalui rumah lelong Sotheby’s di New York pada 14 April lalu.

“Semua karya seni ini dikesan melalui transaksi di rumah lelong bertaraf dunia seperti Christie’s dan Sotheby’s di New York, dan berjaya diperoleh semula melalui proses perundangan serta kerjasama strategik antarabangsa membabitkan agensi seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (USDOJ).
“Karya-karya ini tidak dirampas secara fizikal, sebaliknya diserahkan melalui proses sah di sisi undang-undang termasuk pelaksanaan Surat Kuasa Wakil (POA) oleh USDOJ kepada SPRM menerusi Jabatan Peguam Negara.
“Ini membuktikan bahawa pendekatan pemulihan aset dibuat berdasarkan proses perundangan dan diplomatik yang teliti,” katanya.

Empat karya seni yang telah berjaya dibawa pulang, dengan nilai keseluruhan dianggarkan USD198,125 (RM786,556), akan diserahkan kepada Balai Seni Negara dalam masa terdekat.

Karya tersebut merangkumi hasil Joan Miró bertajuk “Composition” (1953) bernilai USD93,750; Maurice Utrillo dengan karya “Maison de rendez-vous, rue Saint-Rustique, Montmartre” (1934) bernilai USD50,000; Balthus menerusi “Étude pour femme couchée” (1948) bernilai USD28,125; serta Pablo Picasso dengan karya “L’Ecuyère et les clowns” (1961) bernilai USD26,250.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ganggu Ucapan Azam Baki Di PWTC, Tiga Aktivis Direman 3 Hari

Azam turut menjelaskan, semua karya berkenaan melalui prosedur penghantaran yang ketat bermula dari New York pada 8 April sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 April lalu.

“Karya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di bawah kawalan keselamatan tinggi melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Balai Seni Negara dan petugas logistik,” katanya.

Mengulas kemungkinan karya seni tersebut dijual, beliau berkata keputusan mengenainya akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd