Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Pengecualian! KKM Ambil Tindakan Tegas Kakitangan Merokok Di Premis Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap seorang penjawat awam selepas didapati merokok di sebuah premis makanan di Rawang, baru-baru ini.

Tindakan itu diambil susulan video kejadian berkenaan tular di media sosial pada 23 Mac lalu.

Hasil siasatan mendapati individu terbabit merupakan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 16(2) Akta 852 kerana merokok di kawasan larangan.

“Tindakan kompaun telah pun dikeluarkan kepada individu tersebut di bawah Seksyen 16(2) (No. 4: merokok di tempat makan) Akta 852,” menurut kenyataan KKM, hari ini.

Selain kompaun, tindakan tatatertib dalaman juga akan diambil selaras dengan peraturan perkhidmatan awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tular Anggota Merokok Di Restoran, Siasatan Tatatertib Dijalankan – Polis

KKM dalam masa sama menegaskan premis makanan merupakan antara kawasan larangan merokok yang diwartakan dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.

Orang ramai turut digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu memperkukuh penguatkuasaan serta melindungi kesihatan awam.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd