Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Anggota Merokok Di Restoran, Siasatan Tatatertib Dijalankan – Polis

Polis Johor mengesahkan sedang menjalankan siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya susulan penularan satu video memaparkan individu berpakaian seragam polis merokok di dalam sebuah restoran di Taman Tasik Indah, Kluang, baru-baru ini.

Polis merokok merupakan anggota IPD Kluang

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hasil semakan mendapati individu dalam video berdurasi tujuh saat itu merupakan anggota polis yang sedang bertugas di IPD berkenaan.

merokokKetua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya memandang serius tindakan tersebut dan akan menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota terbabit termasuk dari aspek penyeliaan.

Artikel lain: Pegawai Didakwa Merokok Dalam Kenderaan Rasmi, SUK Selangor Ambil Tindakan

“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mencemarkan imej pasukan,” katanya.

Beliau menegaskan, setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu sentiasa menjaga disiplin dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat selaras dengan etika dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

merokok

Terdahulu, video berdurasi tujuh saat itu menjadi tular di media sosial selepas memperlihatkan dua anggota polis sedang duduk di sebuah restoran, dengan salah seorang daripada mereka dilihat merokok.

Rakaman berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap perbuatan itu tidak wajar dan menjejaskan nama baik pasukan keselamatan.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Kluang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd