Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Tiada Manfaat Dunia Dan Akhirat…”- Tamim Dahri Tidak Akan Hadir Ke Mahkamah Langkawi

Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mengesahkan beliau tidak akan hadir ke Mahkamah Majistret Langkawi pada Ahad bagi prosiding kes yang sebelum ini ditangguhkan pada April lalu.

Menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Threads miliknya, Tamim Dahri mendakwa tindakannya itu bukan kerana takut, sebaliknya berpendapat tiada perubahan akan berlaku walaupun mematuhi proses perundangan negara.

“Lawan di mahkamah dalam konteks kita sebagai pejuang yang didakwa jelas tak berbaloi. Penceroboh tetap teguh tidak terusik.
“Lebih baik fokus teruskan perjuangan dengan ‘Trash Hunter’,” katanya pada malam Sabtu.
Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi tangkap layar peringatan kehadiran ke Mahkamah Majistret Langkawi pada jam 9 pagi, namun menegaskan tidak akan hadir ke prosiding tersebut.
“Tiada manfaat dunia dan akhirat kalau saya ke sana. Keluarkan waran tangkap kalau perlu. Saya boleh sambung perjuangan dari mana-mana tempat saya berada,” tulisnya lagi.

Pada 17 Mac lalu, Mahkamah Majistret Langkawi menangguhkan pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei selepas beliau dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.

Majistret Hemy Annerina Haja Mydin menetapkan tarikh baharu itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim memohon tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi membolehkan tertuduh dibawa ke mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam prosiding sama, pihak pendakwaan memaklumkan Tamim Dahri dipercayai keluar dari Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand pada 9 Mac sebelum dikesan berada di Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada beliau menggunakan visa pelancong atau visa umrah.

Artikel lain:  Tamim Dahri Sedia Pulang Serah Diri, Tapi Letak Syarat Roboh Empat Kuil

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah), Zamri Vinoth dan aktivis Arun Dorasamy akan didakwa berhubung kes provokasi agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Tamim Dahri, seorang lagi individu iaitu P Mahendra Boopathy turut didakwa dalam kes berasingan berkaitan isu sama.

Tamim Dahri dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam yang merupakan simbol suci penganut Hindu di tapak lama kuil di Langkawi.

Sumber: Threads tamimuddari7

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd