Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Larangan Warga Asing Beli Minyak Masak Bersubsidi – Armizan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali memberitahu tiada larangan dikenakan kepada warga asing untuk beli minyak masak bersubsidi di kedai runcit.

Menurut laporan Utusan Malaysia, warga asing turut tertakluk seperti rakyat Malaysia dengan mengenakan had tiga paket untuk setiap pembelian sahaja.

Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi

Artikel lain: KPDN Melaka Serbu Restoran Mamak, Sorok Lebih 500kg Gula & Minyak Masak Peket

“Setakat ini di peringkat runcit memang tidak ada larangan, cuma di pasar raya kita sudah sebut untuk setiap pembelian itu kita kawal had pembelian tiga paket. Tetapi untuk larangan kepada warga asing itu setakat ini tidak dibuat. Ada cadangan dan syor tertentu tetapi apa mekanisme untuk kita pantau, kita larang.
“Larang boleh tetapi, peruncit itu mesti bersedia untuk melaksanakan. Kalau orang nampak ok, ambil gambar dan sebagainya. Tetapi apa mekanisme kalau kita buat sistem hanya untuk minyak masak paket,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan tidak merancang untuk membuat pembelian secara sistem khusus selepas mendapati kos pelaksanaanya tidak efektif sehingga menyebabkan peruncit perlu menggunakan sistem itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila segelintir warga asing membeli minyak masak paket sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Mana tidaknya, ramai mendakwa warga asing tidak sepatutnya mendapat kemudahan subsidi tersebut dan berpendapat hanya golongan sasar menikmati manfaat berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Athir bin Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd