Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Surau Taman Seraya: ADUN Teratai Buat Laporan Polis! Nafi Dakwaan Larang Azan, Halang Solat Jumaat

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan lampu surau di Surau Taman Seraya untuk tidak dinyalakan seperti yang tular di media sosial.

Menurutnya, dakwaan yang tersebar di platform Threads itu adalah tidak berasas dan telah mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, beliau sebelum ini hanya menerima aduan daripada penduduk berhubung isu berkaitan surau tersebut sebelum mengambil inisiatif mengatur sesi dialog bersama pihak terlibat.

“Saya kemudian mengaturkan satu sesi dialog antara penduduk dan pihak pengurusan surau itu pada esok yang turut membabitkan pihak polis, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
“Namun tidak disangka, malam tadi muncul pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang menyalahgunakan gambar saya berserta dengan tuduhan tidak berasas itu.
“Perkara ini mencetuskan rasa benci dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap saya sehingga lebih 10 ahli jawatankuasa (AJK) surau tampil membuat laporan polis,” katanya, hari ini.

Jia Haur berkata, beliau telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi memberi keterangan serta mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah berhubung isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga sudah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu terbabit.
“Selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Daerah, saya mengambil keputusan untuk batalkan sesi dialog atau libat urus yang dirancang diadakan esok pagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan terdapat 28 surau dalam kawasan DUN Teratai dan beliau sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan semua pengurusan surau.

Berkaitan isu Surau Taman Seraya, beliau memaklumkan ia berpunca daripada aduan berterusan seorang individu terhadap pengurusan dan aktiviti surau berkenaan.

“Justeru itu, pihak Surau Taman Seraya memohon bantuan saya pada Ramadan lalu bagi mencari jalan penyelesaian yang harmoni dengan harapan dapat meredakan situasi serta menghentikan aduan berpanjangan.
“Kami mengambil inisiatif merancang menganjurkan satu sesi dialog membabitkan pelbagai agensi berkaitan untuk memberi ruang kepada pengadu mengemukakan isu secara terus selain mendapatkan penjelasan dan penyelesaian secara bersemuka.
“Dialog itu turut disertai oleh pihak surau serta pihak pejabat ADUN Teratai sebagai pihak pemudah cara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa pihak pengadu telah menyalahgunakan perancangan dialog tersebut dengan mengedarkan minit mesyuarat yang mengandungi perkara tidak berkaitan serta unsur provokasi.

“Justeru itu, saya mengarahkan pengurus pusat khidmat (ADUN Teratai) membuat satu laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu berkenaan.
“Saya menyeru seluruh masyarakat supaya kekal bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.
“Usaha berterusan bersama pihak Surau Taman Seraya dan agensi berkaitan masih giat dijalankan bagi memastikan semua isu dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni,”ujar beliau.

Artikel lain: Dakwa Sukar Dengar Azan Di Malaysia, Wanita Indonesia Mohon Maaf

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam dakwaan kononnya surau di Taman Seraya dihalang daripada melaungkan azan, tidak dibenarkan solat Jumaat, dihadkan waktu operasi serta tidak dibenarkan menyalakan lampu, yang kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd