Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Adik Jahidah Bersuara, Dakwa Suami Kasari Isteri Hingga Keguguran Lelaki Sama Aniaya Kakak

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran mempunyai hubung kait dengan bekas abang iparnya.

Orang yang sama?

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Fauziah Nordin meluahkan rasa marah apabila ada lagi mangsa selepas kakaknya yang mengalami hal sama sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Mula-mula kakak aku. Lepas tu kau lari. Kakak aku sampai koma ke hari ini masih terlantar. Kau sedap duduk luar kahwin lagi, belasah lagi.
“Harap mahkamah jatuhkan hukuman berat buat Rosmaini Abdul Raof,” tulisnya.

“Betul-betul syaitan”

Dalam pada masa yang sama, Fauziah juga menyatakan kes melibatkan individu tersebut sangat mengundang amarah ramai dan kali ini dia kembali melakukan hal sama kepada perempuan lain.

Dia juga menyamakan lelaki itu seperti syaitan kerana tidak sering melakukan kekejaman terhadap wanita lebih-lebih lagi seorang isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan dibuat oleh Fauziah telah mengejutkan ramai apabila kebanyakkan warganet berasa berang dengan berita terbaru melibatkan isteri lelaki terbabit.

Mereka juga berharap agar tindakan dan hukuman tegas dikenakan lagi ke atas lelaki berkenaan agar tidak melakukan hal sama kepada perempuan-perempuan lain.

Terdahulu, laporan berita menyatakan seorang penjawat awam cedera di badan dan lebam di muka selepas dipercayai dipukul suaminya hingga menyebabkan kandungan berusia 12 minggu gugur.

Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar, 45, memberitahu adiknya yang berusia 39 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, adiknya berkahwin dengan lelaki berusia 43 tahun itu pada Disember tahun lalu di negara jiran dan belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Difahamkan,  berlaku pertengkaran melibatkan suami isteri berkenaan sebelum wanita terbabit dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip dan batang besi langsir serta batang penyapu hingga patah.

Kejadian menyebabkan tangan dan jari kirinya patah, lebam di muka selain ditumbuk di perut.

Lelaki tersebut juga dipercayai melarikan barang kemas dan wang simpanan adiknya di bank berjumlah hampir RM50,000 dan mengugut akan mengganggu keluarga termasuk dua anak isterinya daripada perkahwinan terdahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Fauziah Nordin

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd