Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tesla Hantar Model Y Ke Malaysia Dengan Tiga Variasi

Kereta elektronik (EV) Tesla telah mula hantar Model Y kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) ke Malaysia.

Model itu akan didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y (pacuan roda belakang), Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) dan Model Y Performance (dwimotor pacuan semua roda), lapor Harian Metro.

Harga model itu bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long dan RM289,700 bagi Model Y Performance.

“Model Y didatangkan dengan bumbung semua kaca, autopilot, ciri keselamatan aktif termasuk sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA).
“Orang ramai ini boleh merasai Model Y semua elektrik di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya,” kata Tesla dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Robot Tesla Rosak ‘Serang’ Jurutera Kilang Hingga Cedera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Tesla berhasrat untuk mengembangkan jualan, pekhidmatan selepas jualan dan sokongan pengecasannya di Malaysia untuk pengalaman pemilikan Tesla yang mudah dan lancar.

Tesla hantar Model Y ke Malaysia

Buat masa sekarang, Tesla membuka dan mengendalikan enam stesen pengecasan super serta lapan stesen pengecasan destinasi di Malaysia.

Dalam pada itu, Tesla menawarkan sejumlah 30 pengecas super dan 37 pengecasan destinasi di bandar-bandar utama di negara ini.

Tesla juga menyatakan pihaknya akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan memperluaskan liputan pengecasan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd