Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terpaksa Cari Visa Haji Furada, Sistem Penggiliran Tabung Haji Dianggap Gagal

Lembaga Tabung Haji adalah satu badan berkanun yang bertanggungjawab dalam menguruskan haji, tabungan dan pelaburan. Bagaimanapun, sistem penggiliran yang diperkenalkan oleh badan tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Mana tidaknya, tempoh penggiliran yang mengambil masa sangat lama menyebabkan rakyat mencari jalan lain sehingga terpaksa mencuba nasib dengan menggunakan visa furada dan visa jemputan yang dikeluarkan atas budi bicara kerajaan Arab Saudi kepada individu atau kumpulan tertentu sahaja.

Bagi rakyat, hal ini hanya merumitkan lagi keadaan untuk masyarakat menunaikan rukun islam yang kelima itu dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan penipuan terhadap orang lain sehingga mengalami kerugian jutaan ringgit dengan menggunakan nama visa tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu yang kononnya diberi peluang untuk melakukan ibadah haji bagi memenuhi kuota  meskipun sebelum ini sudah berulang kali menunaikan haji.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara tersebut telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan masyarkat yang mempersoalkan mengapa golongan yang tidak pernah terpilih diberi peluang untuk menunaikan haji ke tanah suci itu?

Malah, pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan haji ini perlu mengutamakan golongan tersebut dan juga warga emas berbanding golongan yang sudah menunaikan haji berulang kali supaya ia lebih adil dan saksama.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook iaitu @Nurilyani Bujang, dia menceritakan perbualannya bersama seorang petugas lelaki yang dijumpai ketika di London airport.

Katanya, petugas tersebut telah mengajukan soalan mengapa tidak melakukan haji, dia menjelaskan kepada lelaki tersebut bahawa di Malaysia sukar untuk mendapatkan kuota haji dan melaksanakan umrah terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika Nurilyani berada di Melaka pula, dia terjumpa seorang wanita tua di hotel yang merupakan mangsa terkandas berkaitan isu visa Furada, baru-baru ini.

Ujarnya, wanita tua itu telah mencecah usia 60 tahun dan difahamkan, golongan warga emas yang terkandas akibat penipuan visa Furada ini adalah mereka yang begitu terdesak untuk menunaikan haji.

Tambah Nurilyani itu lagi, agak sukar untuk mendapatkan giliran ke tanah suci itu melainkan dari golongan politik, kaya serta mempunyai nama.

Tegasnya, pihak yang telah menunaikan haji berulang kali itu perlu mempunyai rasa bersalah di dalam diri kerana mereka dianggap sebagai ‘mengambil hak orang lain’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook (Nurilyani Bujang)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd