Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tawar 1,000 Kekosongan Jawatan Guru, Pengambilan Khas Di Sarawak Dibuka 1 Ogos

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menawarkan Pengambilan Khas di Sarawak 2024 bagi mengisi 1,000 kekosongan jawatan guru di negeri itu bermula pada 1 Ogos ini.

Memetik laporan TV Sarawak, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata daripada KPM dan SPP itu bertujuan untuk menangani kekurangan guru di Sarawak.

Pengambilan Khas di Sarawak bermula 1 Ogos ini

Foto: Suara Sarawak

Isu kekurangan guru itu berlaku di semua 30 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan enam PPD dalam senarai teratas kekurangan guru adalah Serian, Daro, Kapit Subis, Saratok dan Betok, masing-masing dengan lebih 100 kekosongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kekurangan guru dihadapi terutama bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral, Prasekolah, Bahasa Melayu dan Pemulihan serta kekosongan dalam 22 pilihan mata pelajaran lain, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan isu Menangani Kekurangan Guru di Sarawak: Inisiatif dan Kemas Kini Pengambilan Baharu di Sarawak Skills di Kuching pada Rabu.

Tambahnya, calon yang berjaya akan menerima kontrak selama dua tahun dan meneruskan Diploma Pendidikan dengan pembiayaan sendiri di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Foto: Utusan Borneo Online

Calon akan mengambil Kursus Dalam Cuti (KDC) dan akan ditawarkan jawatan tetap mengajar namun ia tertakluk kepada saringan akhir oleh SPP.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Latihan pengambilan khas ini terbuka kepada semua lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan atau tanpa diploma atau ijazah dalam pendidikan. Jadi, tidak akan ada cuti selama dua tahun untuk mereka yang biasa dipanggil guru sementara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sagah berkata inisiatif tersebut merupakan satu langkah penting dalam menangani masalah kekurangan guru di Sarawak iaitu sebanyak 2,373 guru menjelang akhir tahun 2024.

Beliau berharap, dengan pengambilan khas itu, ramai calon yang layak tampil ke untuk mengisi kekosongan tersebut melalui SPP.

Pengambilan Khas Di Sarawak

Foto: Berita Harian

“Berdasarkan Jabatan Pendidikan Sarawak, menjelang akhir tahun ini, menjelang 31 Disember 2024, kita akan menghadapi kekurangan 2,373 guru.
“Dan kami menjangkakan bahawa dengan temuduga ini dan latihan pengambilan nanti, bersama-sama dengan penempatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu antara Julai dan November tahun ini, kami menjangkakan jumlah ini akan dikurangkan kepada 1,130,” jelasnya.

Sumber: TV Sarawak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpuluan petani dan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berang akan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Pahang kerana menebang kira-kira 200 pokok durian...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd