Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tanpa Sebarang Luka, Bayi Baru Lahir Terselamat Di Bawah Runtuhan

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang bayi baru lahir berusia 37 hari terselamat di bawah runtuhan rumahnya di Utara Gaza selepas beberapa jam kediaman dibedil tentera zionis.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, pasukan penyelamat melaungkan takbir selepas berjaya mengeluarkan bayi tersebut secara hidup-hidup dari bawah runtuhan.

Bayi terselamat di bawah runtuhan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 28 Bayi Pra Matang Selamat Tiba Di Mesir, Perlu Penjagaan Rapi

“Satu keajaiban berlaku apabila seorang bayi lelaki telah diselamatkan dari runtuhan rumahnya yang telah dimusnahkan oleh serbuan Israel,” ujar pemilik video menerusi kapsyen.

Difahamkan, pemilik akaun Instagram (IG), Nooh Al-Shaghnobi berkata berkemungkinan besar bayi berkenaan dilahirkan pada minggu pertama serangan berlaku, awal Oktober lalu.

Bagaimanapun, bayi terbabit telah terperangkap disebalik runtuhan tersebut selepas beberapa jam rumahnya dibom dan dari situlah keajaiban berlaku dimana bayi tersebut masih dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.

“Bayi ini dilahirkan pada hari-hari pertama perang, tetapi dia masih hidup. Nampak macam dia kuat bertahan dalam situasi pengeboman di kawasan rumahnya.
“Dia ditarik keluar dari runtuhan pada usianya ke-37 hari selepas beberapa jam rumahnya dibom,” katanya

Jelasnya lagi, misi menyelamat itu mengambil masa tiga jam memandangkan lokasi bayi itu sangat sukar kerana berada pada kedalamannya beberapa meter di bawah runtuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami pada mulanya menyangka bayi itu sudah meninggal dunia, namun dengan harapan tinggi kami bertungkus-lumus mengeluarkannya.
“Akhirnya dia ditemukan masih hidup dan tidak cedera di samping ibu bapanya yang sudah syahid.
“Tak dapat nak digambarkan perasaan kami, ia macam kami menyambut kelahiran kedua anak ini apabila berjaya menyelamatkannya di bawah runtuhan hidup-hidup,” ujarnya lagi.

Sumber: X @Loud4Liberty, IG @Nooh Al-Shaghnobi

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd