Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPN Mohon Pegawai Peka Tanda Kemurungan Anggota – “Tindakan Intervensi Awal Perlu Diambil”

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kesihatan mental dan fizikal memberi kesan besar terhadap prestasi, disiplin serta kesejahteraan anggota dan keseluruhan organisasi.

Jelasnya, isu kesejahteraan mental lazimnya berpunca daripada beban hidup dan tekanan berlebihan yang akhirnya mengganggu fokus serta emosi individu.

Tanda kemurungan anggota

Tanda kemurungan anggota

Foto: TVS

“Adalah diharapkan semua barisan kepimpinan dan penyelia untuk peka terhadap perubahan tingkah laku, tekanan emosi atau tanda-tanda kemurungan dalam kalangan warga kerja.
“Tindakan intervensi awal perlu diambil melalui pendekatan empati, program kaunseling serta bimbingan bagi memastikan individu yang memerlukan sokongan dan perhatian mendapat sokongan sewajarnya,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan PDRM, di Bukit Aman, di sini, tadi.

Artikel lain: Sokongan Keluarga, Komuniti Penting Dalam Ekosistem Pertahanan Negara

Tanda kemurungan anggota

Foto: Astro Awani

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa seramai 20 individu menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara, merangkumi pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam yang menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang dan berkualiti.

“Saya mendoakan agar kita semua dikurniakan kudrat dan beroleh keberkatan hidup atas segala curahan jasa serta keringat, dalam menjaga keselamatan negara demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd