Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Takaful Malaysia Umum Dividen 14.00 Sen Sesaham Bagi Tahun Kewangan 2023

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) umum dividen interim sebanyak 14.00 sen sesaham, berjumlah RM117,222,797.02, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Menerusi satu kenyataan hari ini, ia diterjemahkan kepada hasil dividen sebanyak 3.8% berdasarkan harga saham Kumpulan sebanyak RM3.70 pada 28 Disember 2023.

Takaful Malaysia umum dividen

Tarikh pembayaran dividen kepada para pemegang saham pada 2 Februari 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, dividen yang diisytiharkan mencerminkan kekuatan kewangan, pandangan positif dan komitmen pihaknya terhadap pulangan pemegang saham.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun keutamaan perniagaan diletakkan dalam pelaburan bagi tujuan inovasi dan pertumbuhan syarikat, kepentingan untuk mengembalikan modal kepada para pemegang saham turut diketengahkan.
“Dividen ini membuktikan keyakinan kami terhadap keupayaan operasi dan komitmen perniagaan dalam menyampaikan pulangan kepada para pemegang saham.
“Dalam mengharungi keadaan pasaran yang dinamik, kami kekal fokus untuk melaksanakan inisiatif strategik, mengekalkan disiplin kewangan dan memupuk pertumbuhan mampan yang berterusan,” katanya.

Nor Azman berkata, pihaknya mahu mencapai pertumbuhan jualan kasar dan pendapatan bersih selain menjangka perniagaan bancatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am akan terus berkembang serta menjana pertumbuhan perniagaan.

“Kami akan memanfaatkan pertumbuhan positif rakan niaga bank kami untuk mengekalkan kedudukan dalam portfolio bancatakaful, mengukuhkan perniagaan perancangan kewangan takaful keluarga, dan seterusnya menembusi pasaran runcit,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa pelancaran platform dan jenama digital baharu Kaotim sebagai bukti komitmen berterusan pihaknya untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan dalam pasaran digital dan kekal relevan.

Artikel lain: Takaful Lancar KAOTIM, Tawar MediKad & Pelan Perlindungan Perubatan Serendah RM38 Sebulan

“Tumpuan kami pada pertumbuhan pasaran runcit adalah satu langkah ke hadapan untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan yang sedia ada dan memastikan perniagaan kami berdaya saing.
“Kami menitikberatkan keperluan dan permintaan para pelanggan dengan menawarkan penyelesaian perlindungan yang komprehensif dan mampu milik melalui pelbagai saluran,” katanya.

Pada masa sama, Nor Azman memaklumkan perniagaan takaful am menjadi sumber pertumbuhan penting, diperkukuh dengan strategi pengedaran yang pelbagai, kumpulan ejen korporat terkini untuk mengembangkan perniagaan dan memenuhi permintaan bagi perniagaan takaful motor dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami akan mengukuhkan tenaga agensi korporat dengan mengekalkan dan merekrut ejen korporat yang berpotensi tinggi, menambah para pelanggan motor dalam talian kami, dan menembusi segmen lain untuk mengembangkan perniagaan takaful am.
“Kami akan terus berusaha untuk memastikan Takaful Malaysia kekal dinamik dan berdaya saing sebagai institusi kewangan Islam terkemuka dalam industri insurans dan takaful,” ujarnya lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd