Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Takaful Lancar KAOTIM, Tawar MediKad & Pelan Perlindungan Perubatan Serendah RM38 Sebulan

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) telah melancarkan sebuah platform digital dan jenama baharu, KAOTIM yang menjanjikan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat, hari ini.

Takaful perkenal KAOTIM

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pelancaran KAOTIM itu jelas menunjukkan usaha strategik mereka mengukuhkan kedudukan dalam bidang insurans dan takaful digital.

“KAOTIM memperkukuhkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang lebih mesra pelanggan kepada generasi kini.
“Menerajui inisiatif digital, kami melangkah ke hadapan untuk menjadi peneraju digital dalam industri insurans dan takaful, dan memenuhi aspirasi jangka panjang ke arah pendigitalan industri perkhidmatan kewangan, gelombang digital dalam sektor insurans dan takaful yang sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan dinamisme untuk pertumbuhan ekonomi digital,” katanya.
Takaful KAOTIM

Gambar: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal

Takaful tawar pelan pelindungan RM38 sebulan

Beliau berkata, platform KAOTIM itu menawarkan MediKad dan pelan perlindungan perubatan pada satu harga mampu milik rakyat Malaysia iaitu serendah RM38 sebulan. Ini bagi memenuhi keperluan perlindungan kumpulan umur yang berbeza.

Ujarnya lagi, pengenalan ini adalah langkah strategik Takaful dalam mengukuhkan perniagaan peruncitan selain menarik segmen pelanggan baru, sekali gus membolehkan transaksi dalam talian yang lebih lancar seiring dengan gaya hidup terkini.

“MediKad menyediakan kemasukan hospital tanpa tunai ke hospital panel di Malaysia dan tempoh kemasukan hospital tanpa had serta elaun tunai harian untuk kemasukan ke hospital kerajaan.
“(MediKad) ditawarkan kepada rakyat Malaysia berumur antara enam hingga 69 tahun dengan tempoh perlindungan sehingga 85 tahun.
Pelanggan boleh memilih daripada tiga berbeza dengan pilihan rider, MediBooster, mengikut keperluan perlindungan mereka dan dilindungi serta-merta selepas melengkapkan empat langkah pendaftaran dalam talian dan soal selidik perubatan mudah, tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Takaful KAOTIM

Menariknya, pelanggan boleh melanggan MediKad hanya secara atas talian melalui KAOTIM, pada bila-bila masa sahaja dan di mana mereka berada dengan beberapa klik sebelum membuat transaksi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan kos transaksi platform digital yang lebih rendah, kami dapat menawarkan harga yang lebih baik dan pelan takaful yang lebih mudah untuk dilanggan di pasaran.
“Ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk membantu mengurangkan beban kos perubatan yang tinggi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan menawarkan pelan perlindungan perubatan yang mampu milik,” kata Nor Azman.

Untuk makluman, KAOTIM dan MediKad diperkenalkan bersempena ulang tahun Takaful Malaysia ke-39 dalam usaha mengukuhkan kedudukan sebagai institusi kewangan Islam terkemuka dan kekal relevan dalam industri insurans dan takaful.

Turut hadir bersama, Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Dato’ Mohammed Hussein; Pengerusi Takaful Malaysia Am (cabang Takaful Am bagi Takaful Malaysia Keluarga) Ismail Mahbob; Lembaga Pengarah Takaful Malaysia Keluarga dan Takaful Malaysia Am; Badan Penasihat Syariah; Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli dan Pengurusan Kanan Takaful Malaysia.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd