Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Serik! Miza Ozawa Didenda RM14,000 Buat Video Tak Senonoh

Tidak serik dengan kesalahan lampau, seorang penjual pakaian sekali lagi berdepan tindakan undang-undang apabila Mahkamah Sesyen di Sepang, Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda RM14,000 terhadapnya selepas mengaku bersalah memuat naik serta menyebarkan video lucah di media sosial.

Miza Ozawa tak serik!

Menurut laporan Buletin TV3, Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan keputusan itu terhadap tertuduh Siti Amiza Baharuddin, 28, yang menggunakan akaun @MizaNegro di aplikasi Twitter (kini X) untuk memulakan penghantaran kandungan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, perbuatan itu dilakukan pada 18 Disember 2022 jam 10.13 malam, sebelum dikesan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 19 Mei 2023.

Kesalahan tersebut dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Miza Ozawa

Foto: Buletin TV3

Dalam prosiding, Siti Amiza dilihat menangis ketika keputusan dibacakan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Hafiz A. Bakar yang memohon agar hukuman denda diringankan.

Artikel lain: Pempengaruh Mohon Maaf, Rakam Video Ketika Nyanyi Lagu Negaraku

Peguam memaklumkan anak guamnya mempunyai seorang bayi berusia sembilan bulan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Mahkamah kemudiannya bersetuju mengurangkan jumlah denda kepada RM14,000, yang difahamkan telah dilunaskan oleh ahli keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, pada Jun tahun lalu, Siti Amiza yang turut menjalankan perniagaan ‘ubat kuat’ pernah dikenakan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi selepas mengaku bersalah menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi Telegram menggunakan nama ‘Miza Ozawa’.

maria ozawa

Foto: Kosmo! Online

Ketika itu, dia sedang hamil enam bulan sebelum dihukum penjara oleh Hakim Shahrul Rizal Majid.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd