Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pempengaruh Mohon Maaf, Rakam Video Ketika Nyanyi Lagu Negaraku

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media sosial.

Menerusi kenyataan di akaun media sosialnya, Hao Ren mengakui perbuatannya itu tidak wajar serta menzahirkan rasa kesal. Menurutnya, lagu Negaraku sepatutnya dinyanyikan dengan penuh rasa hormat dan dia berjanji untuk berkelakuan lebih baik pada masa hadapan.

negaraku

Difahamkan, rakaman itu diambil ketika Hao Ren menghadiri Festival Cuckoo bersama rakan-rakannya pada 8 Ogos lalu. Video berkenaan memaparkan dia memegang telefon sambil bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Artikel lain: Tak Terbalik, Lelaki OKU Mental Pasang Jalur Gemilang Dengan Betul.. Siap Ingat Rukun Negara!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menerusi luahan di akaun Facebook beliau hari ini, menggesa hukuman berat dikenakan terhadap pempengaruh berkenaan kerana dianggap tidak menghormati lagi kebangsaan.

negaraku

Foto: Kosmo

“Sebelum ini kibarkan bendera Malaysia terbalik. Kali ini nyanyikan lagu Negaraku secara main-main pula.
“Sudah buat dulu, baru minta maaf! Ini bukan soal bangsa atau parti politik mana, ini soal bagaimana seorang rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab utama untuk menghormati negara ini.
“Sebab itu kita mahukan satu hukuman yang berat kepada petualang sebegini,” tulisnya.

Dr Akmal turut menegaskan bahawa negara perlu dihormati dan bukannya diperlekehkan.

“Orang bukan nak perbesarkan isu, tetapi isu menghormati negara ini adalah yang paling besar. Tangkap dan hukum, tidak kira apa bangsa atau parti politik yang membelanya,” tegasnya.

Sumber: Facebook @啥也不是 , @Akmal Saleh

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd