Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Sambut ‘Birthday’ Punya Pasal, Suami Maut Ditumbuk Isteri

Seorang suami yang dikenali sebagai Nikhil Khanna, 36, maut ditumbuk isterinya, Renuka, 38, gara-gara dia enggan untuk memenuhi permintaan wanita tersebut yang mahu sambut hari jadi di Dubai.

Menurut laporan Punekar News, insiden tersebut telah berlaku di sebuah apartment pasangan itu yang terletak di kawasan perumahan mewah di Wanavdi, Pune pada Jumaat.

Mangsa yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya sejak enam tahun lalu.

Suami maut ditumbuk isteri

Artikel lain: Hukuman Penjara 5 Tahun Jika Suami Lupa ‘Birthday’ Isteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pegawai kanan polis, satu pergaduhan tealah berlaku antara mereka kerana Khanna enggan membawa Renuka ke Dubai untuk menyambut hari lahirnya selain tidak memberikan hadiah mahal pada hari tersebut.

Bukan itu sahaja, Renuka turut kecewa selepas permintaannya untuk menyambut hari jadi di New Delhi bersama saudara mata tidak dilayan sehingga berlakunya insiden yang tidak dijangka.

“Semasa pergaduhan itu, Renuka menumbuk muka Khanna. Kesan tumbukan kuat itu menyebabkan hidung dan gigi Khanna telah patah dan pendarahan banyak serta suaminya tidak sedarkan selepas itu,” katanya.

Pihak polis telah menahan Renuka untuk membantu mendapatkan maklumat mengenai kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Punekar News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd