Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Putra Heights: Mangsa Syukur Terima Bantuan Sewa Rumah, Bimbang Nasib Selepas Enam Bulan

Syukur Terima Bantuan Sewa Rumah

Salah seorang mangsa tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights, di sini, syukur terima bantuan sewa rumah bernilai RM2,000 sebulan diumumkan oleh kerajaan Selangor semalam

Bagaimanapaun, mangsa yang juga penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Abdul Aziz Zakaria, 54, meluahkan kebimbangan dan khuatir akan nasib jangka panjang terutama selepas tempoh enam bulan bantuan itu diberikan tamat.

Mangsa Syukur Terima Bantuan Sewa Rumah

Abdul Aziz berkata, kebimbangan itu tercetus kerana kos sewa rumah di kawasan terbabit rata-ratanya tidak kurang RM1,000 sebulan dan nilai itu besar baginya yang tergolong kategori B40.

“Terima kasih dengan bantuan (RM2,000 untuk sewa rumah), sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami sekeluarga dengan menanggung sewa rumah selama enam bulan.
“Cuma saya runsing selepas tempoh enam bulan itu tamat.. saya sudah ikhtiar cari rumah sewa lain, tapi harga sewa semuanya terlalu mahal dan saya tidak mampu,” katanya.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Syarikat Kontraktor Terus Berdiam Diri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, dia dan keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Camelia, di sini, sejak kejadian Selasa lalu, selepas kediaman musnah sepenuhnya susulan kejadian letupan itu, menyebabkan kerugian RM80,000.

Kongsinya, ketika kejadian dia bersama keluarga tiada di rumah kerana pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan bagi menyambut Aidilfitri.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz mengakui ada rumah sewa kampung yang ingin disewakan pada harga mencecah RM800 sebulan dan ia masih tinggi bagi dirinya memandangkan pendapatannya hanya cukup-cukup makan sahaja.

“Ada yang tawarkan rumah sewa dengan harga berpatutan, tapi jauh daripada tempat saya bekerja dan jauh daripada sekolah (untuk anak-anak).
“Untuk jangka panjang, itulah yang saya runsingkan…. saya perlu fikirkan kebajikan isteri dan anak-anak saya masing-masing berumur 16 tahun dan sembilan tahun yang masih bersekolah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai jalan penyelesaian, Abdul Aziz mencadangkan agar mangsa letupan paip gas ditempatkan di perumahan mampu milik dengan potongan harga khas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa dia dan isterinya cuba mengambil motosikal yang masih elok di rumah, namun tidak dibenarkan masuk kerana peraturan keselamatan.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa memberi kelonggaran kepada mangsa untuk mengambil barang yang masih boleh diselamatkan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kerajaan negeri akan menampung kos sewaan RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada pemilik dan penyewa rumah terjejas.

Katanya, ia membabitkan peruntukan keseluruhan RM7.356 juta, bagi membolehkan mereka menyewa rumah sementara kediaman dibaiki atau dibina semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Essa Abu Yamin)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd