Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Suruhanjaya Tenaga Anjur EE Challenge, Budayakan Aktiviti Jimat Elektrik Di Sekolah

Suruhanjaya Tenaga (ST) kembali menganjurkan pertandingan cekap tenaga Energy Efficiency Challenge (EE Challenge) 2023 buat kali yang ke-10, bagi membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda.

Pertandingan bermula sejak 2014

EE Challenge bermula sejak 2014 lagi dan merupakan inisiatif ST dalam mendidik dan memupuk budaya menjimatkan tenaga elektrik di kalangan para pelajar dan warga sekolah serta memberi kesedaran mengenai kesan penjimatan tenaga elektrik kepada alam sekitar di kalangan generasi muda.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, sepanjang 10 tahun penganjuran pertandingan EE Challenge ini, penjimatan tenaga terkumpul sebanyak 1,515,011 kWj dapat dinikmati hasil daripada pembudayaan aktiviti kecekapan tenaga dijalankan oleh sekolah yang telah bertanding.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil penjimatan tenaga itu juga bersamaan dengan nilai penjimatan bil elektrik berjumlah RM771,126.00 berdasarkan tarif kategori B kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta penghindaran karbon sebanyak 1,181.71 tonne CO2 terhadap alam sekitar.

Ia sekali gus dapat menggalakkan pertumbuhan sebanyak 17,753 batang anak pokok selama tempoh 10 tahun.

Pupuk kesedaran untuk pelajar sekolah, generasi muda

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kesedaran dan penghayatan generasi muda tentang kecekapan tenaga adalah penting dalam menyokong pelaksanaan agenda pembangunan lestari negara dalam usaha mencapai aspirasi Malaysia bagi pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawalawalnya pada tahun 2050.

“Generasi muda seperti anak-anak kita ini merupakan pemangkin untuk memperluaskan adaptasi dan pemakaian amalan cekap tenaga, seterusnya menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon serta kesan perubahan iklim atau climate change,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Penyampaian Hadiah EE Challenge 2023 di Putrajaya, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertandingan dapat catat penurunan penggunaan elektrik

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Datuk Abdul Razib Dawood  berkata berdasarkan analisis laporan, sekolah yang menyertai pertandingan pada tahun ini telah mencatatkan penurunan penggunaan elektrik terkumpul sebanyak 92,665 kWj, iaitu bersamaan dengan nilai RM47,152.00 yang telah berjaya dijimatkan oleh sekolah.

“Besarlah harapan kami agar aktiviti mempromosikan kecekapan tenaga dapat diteruskan walaupun selepas pertandingan ini berakhir, demi memastikan kelestarian alam sekitar.
“Kepada para ibu bapa dan penjaga, jadikan contoh yang baik kepada anak-anak dengan menggunakan tenaga elektrik dengan cekap,” katanya.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd