Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Surendran Umum Keluar PKR -“Anggap Ini Peletakan Jawatan Saya”

Bekas ahli parlimen Padang Serai, N Surendran umum keluar meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengejutkan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Surendran di laman sosialnya, dia membuat keputusan tersebut dengan mendakwa parti itu tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan.

Pendirian itu didedahkan untuk memberi respon kepada pengarah komunikasi parti Fahmi Fadzil yang mengingatkannya supaya mengamalkan disiplin parti apabila menyatakan rasa tidak puas hati.

Surendran umum keluar PKR

Artikel lain: Khaled Nordin Nafi Dakwaan Ada Gerakan Jatuhkan Presiden UMNO

“Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya pun dah lama tak jadi ahli parti yang aktif. Saya bertanya tentang pembaharuan yang pernah dijanjikan PKR. Tiada jawapan yang baik untuk itu.
“Tidak ada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan.
“Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” kata Surendran, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dari 2013 hingga 2018.

Teguran yang dilakukan oleh Fahmi kepada Surendran disebabkan oleh bekas naib presiden PKR itu secara terbuka mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana berdiam diri dalam siasatan atas dakwaan menghasut terhadap bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua.

Mana tidaknya, tindakan Pua yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui catatan Facebooknya menyebabkan dia disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan hasutan ke atas Pua, namun Harapan/DAP kebanyakannya senyap – agak memalukan. Betapa dalamnya kawan-kawan lama saya telah karam,” tulis Surendran.

Sumber: X @N.Surendran

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd