Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Sumpahan Jerunei Raih 11 Trofi Di Luar Negara

Selepas filem Sumpahan Jerunei raih 11 trofi di luar negara, akhirnya filem Sumpahan Jerunei mendapat pengiktirafan pertamanya di Malaysia.

Foto: mStar

Menurut laporan mStar, filem terbitan Datuk Nancie Foo dan Datin Wendy Wong itu telah mendapat pengiktirafan tersebut dalam Greatest Award Night 2023 pada Rabu lalu.

Kedua-dua penerbit filem itu berkata, mereka sangat bersyukur apabila penat lelah menghasilkan hasil filem berkualiti untuk mengangkat nama negara akhirnya membuahkan hasil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nancie berkata, kemenangan dalam kategori Greatest Outstanding Film Producer sangat bermakna kerana ia merupakan perhargaan pertamanya dari negara sendiri.

“Sumpahan Jerunei berjaya meraih 11 anugerah di luar negara dan kemenangan malam ini membuat ia lebih istimewa disebabkan penghargaan dari Malaysia.

Sumpahan Jerunei raih 11 trofi di luar negara

Foto: mStar

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menilai filem ini.
“Bukan sahaja kerana Sumpahan Jerunei pernah mendapat anugerah dari luar negara tetapi menilai filem ini sebelum memilih Produksi Seni 2020 sebagai pemenang,” katanya.

Nancie berkata demikian ketika ditemui pada malam Greatest Award Night 2023 yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, filem yang mengangkat adat dan sejarah negeri Sarawak itu pernah menerima anugerah dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa Anugerah Seni dan Filem Paris pada Mac.

Manakala, pada September lalu pula filem ini telah memenangi Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Bebas Toronto, Kanada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Sumpahan Jerunei juga mendapat pengiktirafan dalam empat kategori iaitu Pengarah Terbaik (Jason Chong) dan Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah).

Artikel lain: Filem Malaysia ‘Mat Kilau’ Dan ‘Imam’ Ditayang Di Namibia

Ia juga diiktiraf dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik (Sharon Paul dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo) di Festival Filem Antarabangsa Florence.

Malah, filem itu juga memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Uqasha Senrose), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Daiyan Trisha), Pencahayaan Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik dalam Anugerah Sinematografi Eropah ke-8.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nancie berkata, filem tersebut baru sahaja ditayangkan di American Filem Market Festival dan akan ditayangkan di Berlin European Film Market pada Februari 2024.

“Kami sasarkan untuk promosi Sumpahan Jerunei selama setahun iaitu sehingga Julai 2024 ia selesai sebab kami masih menyertai pelbagai festival lain lagi,” ujarnya.

Tambahnya, bagi penonton yang menunggu sekuel Sumpahan Jerunei, pihak produksinya sedang meneliti permintaan mereka.

Katanya juga, sekiranya pihak produksi mahu meneruskan pembikinan filem tersebut, mereka akan menggunaka tenaga pelakon yang sama.

“Saya tahu ramai yang menunggu sambungan filem ini tapi kami akan lihat juga pasaran antarabangsa.. Jika mereka minta sambungan mungkin kami akan terbitkan,” katanya.

Foto: Berita Harian

Sebagai info, filem yang diinspirasikan dari kisah benar itu menelan belanja RM5 juta dengan menampilkan pelakon seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd