Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Reda Terima Khabar Pemergian Isteri Di Depan Kaabah

Jemaah Haji Malaysia, Mohd Azmil Abdul Hamid menerima khabar duka mengenai kematian isterinya Zuraida Mohd Haris, sebaik selesai melakukan tawaf sunat dan kebetulan sempat mendoakan pengakhiran yang baik untuk isterinya.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Azmil berkata sebaik habis mengerjakan tujuh pusingan, dia yang ketika itu masih berada di depan Kaabah telah menerima panggilan dari pihak Tabung Haji (TH) memaklumkan tentang berita duka itu.

“Dua jam sebelum itu, saya sempat pergi ke depan Kaabah membuat tawaf sunat dan doa bersungguh-sungguh untuk pengakhiran yang baik buat isteri.
“Selesai tawaf terakhir itu, saya tadah tangan memohon kepada Allah merupakan sebaik-baik perancang. Andai kata Allah pulihkan isteri saya itu Alhamdulillah.
“Tetapi jika Allah lebih sayangkan isteri saya, Tanah Suci Makkah ini adalah sebaik-baik tempat untuk isteri saya. Ini doa saya depan Kaabah,” katanya.

Foto: Bernama

Dalam pada itu, Azmil menjelaskan kesihatan isterinya semakin merosot kerana demam selepas selesai mengerjakan umrah kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami terus ke klinik maktab, namun atas nasihat doktor, dia terus dikejarkan ke Hospital King AbdulAziz. Ketika itu, isteri minta saya temankan dan saya duduk dalam ambulans yang membawa isteri ke hospital,” ujarnya lagi.

Foto: Gempak

Walau bagaimanapun selepas itu, isterinya berada dalam keadaan tidak sedar dan pihak hospital telah melakukan imbasan untuk mengetahui keadaannya namun keesokannya dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa jantung Zuraida terhenti enam minit menyebabkan doktor terpaksa membuat pembedahan segera di bahagian otak.

Azmil difahamkan kebiasannya pesakit akan sedar dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan itu, namun isterinya berterusan berada dalam keadaan koma selama enam hari.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepanjang dia koma, saya sentiasa melawat dan baca doa supaya dia pulih. Tetapi bila doktor memaklumkan bacaan tekanan darah makin rendah dan ketika itu saya mula reda lebih-lebih lagi dimaklumkan bahawa isteri saya akan pergi pada bila-bila masa,” katanya.

Melakukan bakti yang terakhir sebagai suami, dia sempat menghantar jenazah ke Masjidil Haram selepas dimandikan dan menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan sebelum menyambutnya di liang lahad di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram untuk dikebumikan.

Untuk rekod, Azmil yang telah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun menyifatkan Allahyarham seorang isteri yang taat kepada suami serta guru yang baik.

Sumber: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Politik

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoal cadangan ahli parlimen kerajaan untuk memecahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd