Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penduduk Tak Nampak Dari Pantai, Status Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Belum Dapat Dipastikan – Nadir Al-Nuri

Status Kapal Mikeno Dinaiki Ardell

Aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri mendedahkan status sebenar kapal Mikeno yang dinaiki selebriti tanah air, Ardell Aryana bersama beberapa sukarelawan antarabangsa dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) masih belum dapat dipastikan.

Status Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Belum Dapat Dipastikan

Menurutnya, menerusi sistem Automatic Identification System (AIS), kapal itu dilihat berada di kawasan perairan Gaza namun pergerakannya tidak menepati laluan biasa sebuah kapal layar.

“Maklumat paling sahih berkenaan Mikeno ialah CC GSF tak dapat memastikan situasi akhirnya.
“Bot berada di lokasi tetapi tak dapat dipastikan sama ada peserta masih berada di dalamnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Tambah Nadir, penduduk di Gaza juga tidak dapat melihat bot berkenaan dari kawasan pantai.

Artikel lain: GSF: Kapal Bawa Zainal Rashid Ahmad, Ustaz Mad Kecik Dikepung

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau yang juga peneraju Sumud Nusantara berkata, kapal Mikeno dinaiki peserta dari Brazil, Turkiye, Netherland, Norway, Amerika Syarikat dan Sepanyol.

“Apa pun, tak perlu bimbang kerana insya-Allah mereka semua selamat.
“Kapal ini dinaiki peserta dari negara Brazil, Turkiye, Netherland, Norway, Amerika Syarikat, Spain dan Malaysia (Ardell).
“Kalau bot ni betul dapat cecah pantai Gaza, saya isytiharkan Ardell sebagai wali Gaza baru dekad ini!,” katanya.

Sumber: FB Nadir Al-Nuri

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd