Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

SplashMania Taman Tema Air Pertama Di Asia Tenggara Dapat Pengiktirafan Dunia

Taman tema air Gamuda Land, SplashMania menerima anugerah Wave Review Award daripada Persatuan Taman Tema Air Dunia (WWA) sekaligus menjadi taman tema air pertama di Asia Tenggara dapat pengiktirafan dunia.

Memetik laporan Kosmo! Online, anugerah itu merupakan penghormatan kepada SplashMania kerana berjaya menandingi 300 pesaing lain dari seluruh dunia dan menerima anugerah Risalah Terbaik Taman Teman Air.

SplashMania dapat pengiktirafan dunia

SplashMania Dapat Pengiktirafan Dunia

Foto: Kosmo! Online

Pengurus Besar Hospitaliti dan Santai Gamuda Land, N. Sanjay berkata anugerah tersebut bukan sahaja lambang kejayaan mereka malah bukti kerja keras dalam kalangan kakitangan SplashMania.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Starbucks Rugi Hampir RM55 Bilion, Saham Merosot 1.6 Peratus

Dalam pada itu, Sanjay juga memuji semangat yang tidak berbelah bahagi daripada kakitangan SplashMania setiap hari sebelum penganugerahan tersebut.

“Perjalanan kami telah bermula sebelum majlis pelancaran dan ia memang menggembirakan kami.

SplashMania Dapat Pengiktirafan Dunia

Foto: Klook

“Memenangi anugerah ini selepas beberapa bulan majlis pelancaran utama taman tema air ini menunjukkan komitmen kami terhadap pelanggan disamping menaikkan imej SplashMania di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sekadar info, taman tema air ini berkeluasan tujuh hektar dan menjadi satu destinasi percutian yang mengujakan untuk para pengunjung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Taman tema air SplashMania yang mempunyai sebanyak 39 gelongsor air akan menguji adrenalin para pengunjung disamping turut mempunyai pelbagai jenis tarikan lain.

Sumber: Kosmo! Online

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd