Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penganjur Sambut Baik Sokongan PM Anwar Terhadap RXZ Members 7.0

Penganjuran RXZ Members 7.0 2025 kali ini menerima suntikan semangat baharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan dengan menyokong penuh acara berkenaan.

RXZ Members 7.0 kembali!

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, sokongan itu disifatkan penganjur sebagai satu penghargaan besar buat komuniti RXZ Members dan warga permotoran tanah air.

RXZ Members 7.0

Foto: IG RXZ Members

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim kerana titipkan ucapan dengan menyokong penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025 pada kali ini.
“Alhamdulillah, terima kasih PMX & Kerajaan Madani menghargai kami komuniti RXZ Members serta juga warga permotoran lain di Malaysia secara amnya. Inilah ada satu penghargaan yang besar untuk kami,” kata wakil penganjur pada Isnin.

Artikel lain: Belum Berakhir, Himpunan RXZ Members Diteruskan Di Terengganu

RXZ Members 7.0

Foto: Bernama

Selain itu, penganjur turut menzahirkan doa agar segala persiapan dan perjalanan ribuan peserta yang bakal hadir dipermudahkan.

“Insyallah, kita semua doakan program ini dipermudah & dilancarkan urusan dan juga semua rider-rider yang hadir semua selamat sampai di RXZ Members 7.0 2025. Apa-apa pun Luncur. Keliaaa!!” tambah kenyataan itu penuh semangat.
RXZ Members 7.0

Foto: IG RXZ Members

Sebelum ini, Anwar berkata, Kerajaan MADANI mengiktiraf peranan komuniti permotoran sebagai penyumbang kepada semangat kebersamaan dan pengukuh silaturahim dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi.

Malah, kerajaan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta sebagai bukti komitmen dalam menjayakan program berkenaan manakala perbincangan lanjut bersama penganjur akan diadakan minggu hadapan.

Sumber: Facebook RXZ Members – Official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd