Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Belum Berakhir, Himpunan RXZ Members Diteruskan Di Terengganu

Program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 akan diteruskan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada 14 September depan.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut diumum oleh Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali menerusi platform media sosial RXZ Members – Official pada malam Khamis.

Himpunan RXZ Members

Gambar hiasan

Lebih menarik perhatian apabila Mohamad Faizal menawarkan hadiah utama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Toyota Vellfire 2.5L, dua buah motosikal Yamaha RXZ dan pelbagai lagi hadiah lumayan menanti peserta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/rxzmemberofficial/videos/1083098929663038

September lalu, Himpunan RXZ Member 5.0 berdepan kontroversi selepas terdapat sebahagian peserta ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya.

Artikel lain: Ribuan Sertai Himpunan Di New York Tanda Sokongan Palestin

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan berikutan aduan orang awam terhadap penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar hiasan

Mazli menjelaskan, ia demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan tiada kaitan dengan desakan pihak atasan dan politik dalam isu berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Susulan kes ugutan babit anak menteri yang didakwa meminta seorang wanita berusia 20-an untuk gugurkan kandungannya, polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung laporan berkenaan....

Filem

Filem seram terbaharu bertajuk Bisikan Dosa terbitan Syarikat Yusrych Global Sdn Bhd akan menemui penonton di pawagam bermula 9 Januari 2025. Di sebalik tabir...

Sukan

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) beri jaminan bahawa insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena yang mengganggu perjalanan Badminton Terbuka Malaysia semalam tidak akan berulang. Kebocoran...

Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang telah buat laporan terhadap beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd