Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Skandal Rasuah: Dua ADUN Sabah Bakal Didakwa – Azam Baki

Dua ADUN Sabah bakal didakwa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi bayangan awal iaitu bakal mendakwa tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam siasatan Op Adun.

Dua ADUN Sabah bakal didakwa

Dua ADUN Sabah bakal didakwa

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan ketiga-tiga mereka dalam proses untuk ditahan bagi dirakam keterangan di bawah Kenyataan Beramaran.

“Ketiga-tiga individu terbabit terdiri dua ADUN dan seorang orang awam, mereka dalam proses untuk ditangkap dan kami perlu memaklumkan mereka dalam proses dipanggil dan masih dalam proses untuk dirakam keterangan di bawah Kenyataan Beramaran.
“Tarikh mereka perlu dikemukakan ke mahkamah saya akan simpan dahulu, saya tidak akan maklumkan sehingga proses selesai. Tetapi yakinlah, individu-individu ini akan didakwa di mahkamah dalam bulan ini atau menjelang akhir bulan ini,” kata Azam di Kota Kinabalu, hari ini.

Sebelum ini, SPRM menjalankan Op Adun bagi menyiasat pembabitan ADUN Sabah dalam isu pengeluaran lesen perlombongan. Ia bermula apabila beberapa siri video yang disunting diterbitkan dalam portal berita dalam talian pada November lalu.

Ditanya berkenaan kebenaran video tular itu, Azam enggan menjelaskan lebih lanjut kerana menganggap ia satu perkara subjudis.

Dua ADUN Sabah bakal didakwa

Foto: TVS

“Saya tidak boleh bincang lagi kerana ia akan menjadi subjudis. Saya serah kepada Timbalan Pendakwa Raya, yang akan menggunakan bukti itu di mahkamah jika mereka perlu menggunakannya.
“Tetapi yakinlah bahawa apabila menyiasat, kami tidak terlalu bergantung hanya pada bukti itu, sama ada ia tulen atau tidak. Kami juga perlu bergantung kepada beberapa bukti lain.
“Penjelasan bukan sahaja daripada audio visual, ia juga bergantung kepada penjelasan daripada manusia, manusia itu sendiri.
“Mesin forensik mungkin memberi penjelasan, tetapi kami juga perlukan manusia untuk mengesahkan ketulenan audio serta kandungannya atau visual berkenaan. Ini hal teknikal, jadi saya tidak mahu ulas panjang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azam tidak menolak sebarang kemungkinan jika terdapat lagi individu yang bakal didakwa namun menyerahkan perkara itu kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya ditentukan.

Bukan itu sahaja, beliau juga sempat menjawab berhubung perancangan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal mengadakan protes antirasuah pada hujung minggu ini dan sebolehnya tidak mahu menyekat hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Negara ini bebas untuk mereka menyuarakan pandangan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kontrak Disambung, PM Anwar Puji Keberanian Azam Baki Siasat ‘Tauke Besar’

Untuk info, protes tersebut diberi nama Gempur Rasuah Sabah 2.0 yang dijalankan bertujuan mengangkat beberapa isu termasuk kegagalan Jabatan Air Sabah membekalkan air, pelantikan semula Azam serta kes Op Adun.

Sumber: Berita Harian (Olivia Miwil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Krisis tenaga global yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd