Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kontrak Disambung, PM Anwar Puji Keberanian Azam Baki Siasat ‘Tauke Besar’

Kerajaan mengambil keputusan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, atas keyakinan terhadap keberanian serta ketegasannya dalam memerangi gejala rasuah secara menyeluruh.

Menurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan prestasi luar biasa Azam dalam mengetuai SPRM, walaupun beliau menerima pelbagai kritikan termasuk daripada pihak pembangkang.

Foto: Malay Mail

“Saya percaya, melihat kepada perkembangan SPRM selama puluhan tahun, inilah kali pertama SPRM berani menggeledah semua ‘tauke besar’.
“Ya, ini kenyataan. Saya boleh ganti dan bincang dengan rakan-rakan dalam Kabinet, boleh sahaja ganti esok, tetapi saya tidak yakin pengganti itu akan cukup berani menyinggung ‘tauke besar’ yang memiliki kekayaan berbilion ringgit,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, malam tadi.

Beliau yang juga Presiden PKR, menegaskan bahawa tindakan berani SPRM kini menyasarkan individu berprofil tinggi termasuk tokoh bergelar Datuk Seri, Tan Sri dan Tun, mencerminkan wajah baharu agensi itu dalam usaha membina integriti pentadbiran negara.

Foto: Sinar Harian

“SPRM kini dilihat lebih tegas dan tidak memilih bulu dalam menjalankan tugas. Maka saya menyeru semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka untuk berfungsi tanpa gangguan atau prejudis.
“Biarlah Azam menjalankan tugas sementara waktu. Kita akan cari pengganti yang benar-benar layak dan berani. Akan tiba masanya untuk perubahan dalam SPRM,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, mengumumkan pelantikan semula Azam untuk tempoh setahun, bermula 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd