Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serpihan Tulang Manusia, Rangka Motosikal Ditemui Dalam Parit Di Sungai Petani

Serpihan tulang manusia bersama rangka motosikal ditemui dalam sebuah parit di kawasan ladang kelapa sawit, di sini, malam tadi.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah mengesahkan perkembangan itu.

Jelasnya, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 petang untuk mengambil mayat di lokasi.

Serpihan tulang manusia dalam parit

Artikel lain: Rangka Ditemui Sah Milik Bella, Keputusan DNA Sepadan Dengan Ibu & Kakak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rashid Mamat bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan terdapat mangsa, dipercayai lelaki lingkungan 50an meninggal dunia dalam parit berkenaan.
“Operasi mengambil mayat agak sukar memandangkan keadaan hujan lebat yang menyebabkan mangsa hanyut dalam arus deras.
“Tindakan operasi terkini adalah dengan membuat pencarian di permukaan air dan darat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azahari berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengarahkan bantuan dari BBP Sungai Petani untuk menghantar bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pencahayaan.

Katanya, PKO melaporkan menemui rangka motosikal dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa ketika melakukan rondaan pada jam 10.12 malam tadi.

“Pihak kami kemudian memaklumkan kepada polis untuk membantu di lokasi kejadian selain tindakan lanjut yang perlu diambil,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd