Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rangka Ditemui Sah Milik Bella, Keputusan DNA Sepadan Dengan Ibu & Kakak

Pihak polis mengesahkan bahawa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada Jumaat sah milik Bella.

Keputusan DNA ditemui

Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan yang sampel patalogi rangka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari lalu telah diperolehi hari ini dan dikenalpasti sepadan dengan Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32.

“Melalui laporan diterima pihak polis mengesahkan hasil analisis DNA sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.
“Pihak polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut mayat (rangka) di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya.

Kredit foto: FB Polis Johor

Rangka ditemui sah milik Bella, pertuduhan dibuat esok

Susulan daripada itu, kertas siasatan berkenaan kes tersebut telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan sudah pun  mendapat arahan salah seorang suspek iaitu suspek utama untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya lagi, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pukul 9 pagi esok.

Artikel lain: Bapa Saudara, Teman Lelaki Antara 3 Yang Ditahan Susulan Penemuan Rangka

Sebelum ini, tiga suspek telah ditahan bagi membantu siasatan termasuklah bapa saudara dan juga teman lelaki wanita berkenaan.

Kehilangan Bella yang dilaporkan pada 14 Disember lalu menjadi perhatian memandangkan tiada sebarang petunjuk diperoleh sejak dia keluar dari rumah untuk ke kedai dobi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pada 19 Januari lalu, satu rangka manusia telah ditemui dan disyaki Bella di sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah.

Penemuan tersebut sedikit sebanyak dikatakan mampu merungkai kehilangan ibu tunggal tersebut.

Sumber: Kosmo! (Mohd Sharkawi Londing)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd