Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mangsa Cedera Sudah Dibenarkan Keluar Hospital

Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail (HTS), Johor Bharu sejak kelmarin selepas ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, anggota  berusia 38 tahun tersebut kini dalam keadaan stabil namun pihak hospital masih perlu menjalankan rawatan susulan.

Foto: Utusan

“Beliau ditembak dengan peluru menembusi bahagian bahu dan pinggul. Luka rawatan pastinya ada susulan dari pihak hospital.
“Pastinya insiden itu memberi trauma kepada Mohd Hasif, dan beliau juga telah mendapatkan rawatan kaunseling ketika di hospital, sekiranya perlu sesi kaunseling akan diberikan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan negeri Johor kepada Anggota PDRM Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bharu hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Sohaimi berkata, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu juga dibenarkan mengambil cuti selama dua bulan secara berperingkat, bergantung kepada perkembangan keadaan kesihatannya.

Foto: Kosmo! Online

“Keadaannya kini stabil, boleh berjalan dan tidak memerlukan tongkat,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, satu serangan melibatkan seorang individu bertopeng menyebabkan Mohd Hasif cedera, manakala dua rakan setugasnya, iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, telah terkorban.

Individu bertopeng itu juga dilaporkan maut dalam kejadian serangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan tujuh individu termasuklah ahli keluarga suspek seramai lima orang.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal mendedahkan keluarga suspek membawa fahaman radikal dan kelima-lima mereka akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber: Berita Harian (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd